Semut bull termasuk beberapa spesies semut di Australia. Kebanyakannya adalah besar. Sayap semut betina sesetengah spesies tumbuh sepanjang dua sentimeter. Semut bull ini boleh menyebabkan gigitan yang menyakitkan dengan rahangnya panjang, dan menonjol. Ia juga boleh menyengat. Semut ini tidak mudah takut dan akan menyerang pada waktu tertentu. Hanya beberapa ratus ekor semut tinggal dalam setiap sarang. Ia membuat sarang di dalam tanah, biasanya di pangkal pokok atau tunggul. Semut pekerja memberi lundinya makan bangkai haiwan. Ahli sains menggangap semut bull ini antara semut yang paling primitif. Ia tidak mempunyai struktur sosial sekompleks spesies yang lebih maju. |