Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
NAMA | Nama. Setiap orang mempunyai nama. Sesetengah orang mempunyai banyak nama. Dalam kebanyakan negara, orang mempunyai sekurang-kurangnya dua nama, iaitu nama yang diberi dan nama keluarga. Nama keluarga adalah nama keturunan yang diturunkan kepada semua ahli keluarga. Ia juga dikenali sebagai nama keluarga atau nama akhir, kerana di sesetengah negara nama ini diletakkan selepas nama yang diberi. Nama yang diberi atau nama pertama membezakan ahli-ahli dalam keluarga. Nama yang diberi dan nama keluarga adalah nama yang sah seseorang. Orang di Asia dan Afrika kerap memberi nama kepada anak-anak mereka dengan makna tertentu. Kerap kali mereka tidak menggunakan nama keluarga. Nama boleh jadi nama peribadi, nama gelaran, atau nama sukuan. Sistem penamaan tradisional kerap diubahsuai untuk disesuaikan dengan penggunaan moden. | UMUM | |
ASMA ALLAH AL-HUSNA | Asma Allah al-Husna ialah nama-nama bagi zat Allah S.W.T. yang disebut dalam al-Quran dan juga dalam hadith Nabi Muhammad s.a.w. Firman Allah yang bermaksud: Allah S.W.T. mempunyai nama-nama yang baik. | UMUM | |
NAMA SAMARAN | Nama samaran ialah nama rekaan yang digunakan oleh pengarang dan orang lain yang ingin menyembunyikan identiti sebenarnya, atau hanya ingin dikenali dengan nama lain. Satu nama samaran pengarang yang termasyhur ialah Mark Twain, iaitu nama yang digunakan oleh humoris Amerika, Samuel Langhorne Clemens. Nama pentas yang digunakan oleh pelakon lelaki dan pelakon wanita adalah juga jenis nama samaran. Lihat juga Nama (Nama-nama lain). | UMUM | |
NAMA PENA | Nama pena ialah nama yang digunakan oleh pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar. Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran . Ribuan pengarang menggunakan nama pena. Kebanyakannya adalah novelis popular yang menggunakan lebih daripada satu nama pena untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis kadangkala menggunakan nama pena untuk menyembunyikan identiti mereka atas alasan perundangan, untuk melindungi peribadi mereka atau kerana mereka menangani karya yang bersifat sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800- an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap penulis wanita. | UMUM | |
NAMA PADANG | Nama padang mungkin memerikan bentuk padang, kualiti dan lokasinya. Sesetengah padang diberi nama mengambil sempena nama orang atau peristiwa bersejarah. Nama seperti brade, balk, flat dan shute merujuk kepada bidang tanah di padang terbuka pada Zaman Pertengahan. Sesetengah nama padang berasal daripada kata lama bagi pastura dan kandang haiwan. Beberapa nama aneh, nama julukan, dan nama ironik juga diberikan kepada padang. | UMUM | |
KOMET HALLEY | Komet Halley ialah komet yang terang yang diberi nama sempena nama ahli astronomi Inggeris, Edmond Halley. | UMUM | |
SAFAR | Safar adalah bulan kedua mengikut Takwim Hijrah. Nama tersebut mula digunakan sekitar tahun 412 M., iaitu pada zaman Kilab ibn Murrah; datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima. Terdapat beberapa pandangan tentang asal usul nama Safar. Ada yang berpendapat bahawa nama Safar diambil daripada nama sebuah kawasan, iaitu al-Safariyyah. Pendapat lain pula menyatakan bahawa ia diambil daripada nama pasar al-Safariyyah yang terletak di selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu di Yaman. Orang Arab sering berulang-alik ke pasar tersebut untuk menjalankan aktiviti perniagaan. | UMUM | |
DALE | Dale ialah lembah-lembah indah yang sebahagian besarnya terletak di Yorkshire Utara, England. Yang pentingnya, Dale mendapat nama daripada nama sungai yang mengalir melalui kawasannya termasuk Nidderdale, Ribblesdale, Swaledale dan Wharfedale. | UMUM | |
KATA NAMA | Kata nama ialah golongan kata yang mengenal pasti orang, tempat, objek, perbuatan, kualiti, dan idea. | UMUM | |
ABDURRAUF SINGKEL | Abdurrauf Singkel (15921693), ulama Indonesia yang terkenal. Nama sebenarnya Syekh Aminuddin Abdur Rauf bin Ali al-Jawi al-Fansuri. Nama Abdurrauf Singkel diperoleh daripada Abdoerraoef van Singkel, nama yang digunakan oleh penulis-penulis Barat seperti, D.A. Rinkers. Gelaran lain untuk Abdurrauf ialah Syekh Kuala, Tengku Syekh Kuala, Syiah Kuala, dan Teuku (Tengku) Ciah Kuala. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
Puisi |
---|
|
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat.
Lihat selanjutnya... |
|