Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BATIK | Batik, seni menghias corak kain dengan motif hiasan dan bahan pewarna khusus. Batik dihasilkan daripada teknik mencorakkan tekstil melalui proses penerapan lilin dan pencelupan benang. | BUDAYA | Konsep |
CORAK PUCUK REBUNG | CORAK PUCUK REBUNG, sejenis corak dan motif hias dalam kesenian Melayu Nusantara. Sebagai lambang kehidupan, imej pucuk rebung muncul dalam gunungan wayang kulit atau puncak Mahameru, mitos keagungan bangsa Melayu. Gunungan dalam patung wayang kulit dikenal sebagai pohon hayat atau pohon sajaratulyakin yang melambangkan semangat kehidupan alam dan manusia. Di situ terhimpun peristiwa tentang asal usul kejadian manusia. Sebelum kelahiran manusia (Adam), yang ada di muka bumi hanya pohon kayu dan ular (serta binatang dan unggas lainnya). Ukiran pohon hayat dalam wayang kulit diisi penuh dengan kehidupan alam awal itu. | BUDAYA | Proses/Tindak Balas |
UKIRAN MELAYU | UKIRAN MELAYU, seni ukiran yang dihasilkan oleh masyarakat Melayu pada batu, kayu, tanah dan logam. Bahan yang digunakan serta motif ukiran yang digambarkan berkait rapat dengan tamadun latar belakang budaya, serta faktor luar yang mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu pada sesuatu masa. | BUDAYA | Konsep |
CINDAI | CINDAI, sejenis tekstil yang dihasilkan dengan teknik tenun benang ikat ganda. Benang pakan dan loseng diikat celup dengan bahan pencelup semula jadi terlebih dahulu sebelum ditenun, bagi menghasilkan motif dan corak kain. | BUDAYA | Kraf Tangan |
|
Tesaurus |
---|
| motif (kata nama,) | Bahasa Asal :Inggeris | 1. Bersinonim dengan tujuan: objektif, matlamat, sasaran, maksud, kehendak, keinginan, hajat, cita-cita,
impian, harapan,
2. Bersinonim dengan dasar: tema, asas, pokok, latar,
3. Bersinonim dengan corak.
|
|
|