Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
MAYFLY | Mayfly ialah serangga yang kecil molek, bersayap bercorak renda dan berekor panjang bercabang yang meleret semasa terbang. | UMUM | |
IBRAHIM ISMAIL, JENERAL (B) TAN SRI | IBRAHIM ISMAIL, Jeneral (B) Tan Sri (1922- ), Ketua Turus Angkatan Tentera (kini Panglima Angkatan Tentera) Malaysia yang ketiga. Dia lahir pada 19 Oktober 1922 di Kampung Air Molek, Johor. Dia mendapat pendidikan awal di English College, Johor Bahru dan mula terlibat dalam ketenteraan dalam tahun 1941, bersama-sama dengan bekas Perdana Menteri, Tun Hussein Onn, apabila kedua-duanya menyertai Johore Military Force. Kemudian dia dihantar ke Akademi Tentera India di Dehra Dun untuk menjalani latihan tentera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
NGUMBA | NGUMBA (1918 1982), penyair dan ahli politik. Dia lahir pada 15 Oktober 1918 di Mersing, Johor. Nama sebenarnya ialah Embong bin Yahya. Dia mendapat pendidikan rendah di Sekolah Melayu Mersing sebelum mengikuti kursus penguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak dari tahun 1937 hingga tahun 1940. Selepas tamat belajar dia bertugas sebagai guru di Sekolah Melayu Air Molek, Melaka. Dia terus berkhidmat sebagai guru pada masa pendudukan Jepun hingga Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, dia mengikuti kursus di Maktab Perguruan Bahasa, Bukit Senyum, Johor Bahru, Johor. | SASTERA | Tokoh |
MAKTAB MELAYU JOHOR BAHRU | MAKTAB MELAYU JOHOR BAHRU, pusat latihan guru. Tarikh penubuhan maktab ini tidak dapat dipastikan, tetapi pada tahun 1919, maktab ini telah pun beroperasi dengan melatih seramai 10 orang guru pelatih. Rancangan untuk melatih guru dan membina bangunan baharu turut dicadangkan. Bagaimanapun hanya pada tahun 1926, maktab ini mendapat bangunan khas di hadapan Selat Tebrau, yang kini dikenal sebagai English College, Johor Bahru. Maktab Melayu Johor Bahru sebelum itu terletak di Jalan Ayer Molek, Johor Bahru. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
|
Tesaurus |
---|
| molek (adjektif) | Bersinonim dengan elok, baik, bagus, senonoh, manis, sopan, santun, halus, lemah lembut, tertib,
beradab;, | | Kata Terbitan : memolekkan, kemolekan, |
|
Puisi |
---|
|
Dayang molek menggoreng telur, Sudah digoreng dalam kuali; Jika malu jangan undur, Saya tidak mungkir janji.
Lihat selanjutnya... |
|