Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
RAMP | Ramp atau lik liar bawang liar ialah yang tumbuh di kawasan hutan jarang yang lembap di timur Amerika Syarikat. | UMUM | |
PADI LIAR | Padi liar ialah butir bijirin yang tumbuh pada rumput akuatik, berkaitan dengan padi. Tangkai padi liar tumbuh dari 1.2 meter hingga 2.4 meter tingginya. | UMUM | |
PEMULIHARAAN HIDUPAN LIAR | | UMUM | |
LOBAK MERAH LIAR | | UMUM | |
KELDAI LIAR | Keldai liar lihat Onager. | UMUM | |
JABATAN PERLINDUNGAN HIDUPAN LIAR DAN TAMAN NEGARA | Organisasi yang ditubuhkan bagi melindungi hidupan liar di Malaysia. | PERTANIAN | Institusi/Organisasi |
PIMPERNEL | Pimpernel ialah tumbuhan tahunan yang kecil yang tumbuh liar di Eropah dan Asia. Ia kadangkala ditanam di taman dan sering tumbuh liar. | UMUM | |
KELDAI | Keldai ialah nama yang diberi kepada keldai baka jinak. Keldai liar di utara dan timur laut Afrika adalah leluhur kepada keldai. Keldai liar kelihatan seperti kuda belang tetapi tidak berbelang, kecuali kadangkala pada kakinya. Keldai tingginya lebih kurang 1.2 meter pada paras bahu. Bulunya berwarna kelabu dengan garis lebih gelap di sepanjang belakangnya. Ciri-ciri lain haiwan ini adalah telinga yang panjang, tapak kaki yang kecil, dan bulu yang panjang di hujung ekornya. Pembiak baka terpilih menghasilkan keldai yang berbeza-beza saiz, warna dan bulunya. | UMUM | |
HIDUPAN LIAR | Hidupan liar boleh ditakrifkan sebagai hidupan yang hidup bebas atau melata di atas muka bumi ini. | BIOLOGI | Makhluk |
TARPAN | Tarpan ialah kuda liar yang hidup di hutan di Eropah dan di steppe di Rusia. Tarpan telah pupus sejak tahun 1800-an. Ahli sains percaya bahawa mereka telah membiakkan baka kuda yang sama seperti kuda dari hutan Eropah yang asal. Ahli sains ini menjalankan kerja mereka di Zoo Hellabrunn di Munich, Jerman. Mereka telah mencipta proses pembiakan baka semula yang menghasilkan seekor kuda kecil pada tahun 1950-an yang kelihatan seperti tarpan purba. Lihat juga Kuda (Kuda liar); Kuda Przewalski. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| liar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas, Berantonim dengan jinak
2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh,
tambung, songong, Berantonim dengan sopan
| Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 316 Nobody believes a liar when he speaks the truth Orang yang sudah biasa berbohong akan disangsikan kebenaran katanya. Kayu bengkok, masakan lurus bayangannya? Please don't make up stories because nobody believes a liar when he speaks the truth. You have only yourself to blame if your genuine pleas for help go unheeded someday. Janganlah awak mereka-reka cerita kerana orang akan beranggapan kayu bengkok, masakan lurus bayangannya. Jangan awak menyalahkan orang lain pula jika rayuan minta tolong awak itu, meskipun betul, tidak diendahkan kelak. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|