Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
ROSIAH CHIK | Penyanyi lagu-lagu asli | KESENIAN | Tokoh |
S.M. SALIM | penyanyi lagu-lagu asli | KESENIAN | Tokoh |
MINNESINGER | Minnesinger adalah satu kumpulan penyair lagu-lagu cinta di Jerman yang terkenal dari tahun 1100-an hingga 1300-an. Minnesinger mendendangkan puisi mereka dengan iringan muzik dalam acara-acara keramaian istana. | UMUM | |
KOTAK MUZIK | Kotak muzik ialah sejenis alat yang memainkan lagu-lagu secara automatik. | UMUM | |
STREISAND, BARBRA | Streisand, Barbra (1942 ) ialah penyanyi dan seniwati Amerika yang terkenal kerana interpretasi dramatiknya dalam mempersembahkan lagu-lagu popular. Dia juga mendapat sanjungan sebagai pelawak wanita, di pentas dan dalam filem. | UMUM | |
MOORE, THOMAS | Moore, Thomas (17791852) ialah penyair Ireland yang menulis lirik untuk beberapa buah lagu cinta yang amat diminati di dalam bahasa Inggeris. Lagu-lagu ini termasuk Believe Me If All Those Endearing Young Charms, The Last Rose of Summer dan Oft in the Stilly Night. Moore menulis puisi ringkas, serius, bercorak sindiran dan prosa. Pada zamannya, karyanya dibaca dengan meluas sebagaimana karya Lord Byron dan Sir Walter Scott. Namun, kini dia lebih dikenali untuk tulisannya yang telah dijadikan lagu. | UMUM | |
SOUSA, JOHN PHILIP | Sousa, John Philip (18541932) ialah penggubah muzik dan pemimpin pancaragam Amerika. Sousa menghasilkan banyak jenis muzik, termasuk opereta, suit orkestra, lagu, lagu berentak waltz, dan puisi simfoni. Walau bagaimanapun, dia masyhur kerana lagu berentak mac dan terkenal di seluruh dunia sebagai, Raja Mac. | UMUM | |
SUIT | Suit ialah sejenis gubahan muzik. Kebanyakan suit terdiri daripada sebilangan gubahan pendek, biasanya dalam nada yang sama. Suit tersebut umumnya terdiri daripada lagu-lagu dansa yang mempunyai rentak dan suasana yang berbeza. Suit berkembang pada tahun 1500-an dan popularitinya merosot selepas tahun 1750. Johann Sebastian Bach menggubah beberapa suit penting untuk hapsikod dan orkestra pada awal tahun 1700-an. | UMUM | |
SINATRA, FRANK | Sinatra, Frank (19151998) adalah antara penyanyi paling terkenal dalam sejarah muzik popular. Dia digelar The Voice, dan terkenal dengan nyanyian balada dan penghayatan lagu-lagu ritma. Bermula pada tahun 1941, dia muncul dalam lebih 50 buah filem. Dia memenangi Academy Award sebagai pelakon pembantu lelaki terbaik melalui lakonannya dalam filem From Here to Eternity. | UMUM | |
LAGU NEGARAKU | | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| lagu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,
2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,
| Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga.
Lihat selanjutnya... |
|