Kata |
Takrif |
Sumber |
nyanyian | gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
nyanyian | nyanyi; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
lagu | 1. irama suara (dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll): ~ bacaan qari dan qariah pd malam itu merawankan hati pendengar; 2. gubahan muzik biasanya dgn seni kata, nyanyian: memperdengarkan sebuah ~ yg dinyanyikan oleh seorang penyanyi terkenal; ~ suka ramai; 3. langgam atau corak irama (muzik dll): ~ Melayu asli; ~ keroncong; 4. cara, gaya, macam, kaedah: pakaian ~ ini saya tidak suka memakainya; ~ ini (itu) cara ini (itu); ~ instrumental lagu yg dipersembahkan dgn alat-alat muzik sahaja; ~ kebangsaan lagu rasmi sesebuah negara (diperdengarkan kpd umum dlm upacara atau peristiwa tertentu); ~ lama perkara lama (yg sudah basi); ~ patriotik lagu yg seni katanya dsb menunjukkan atau bertemakan kesetiaan atau cinta kpd negara; ~ rakyat lagu yg irama dan seni katanya telah dinyanyikan turun-temurun; ~ tema lagu atau melodi yg dimainkan berulangulang, yg membangkitkan suasana perasaan dlm sesebuah drama muzikal, filem dsb; berlagu berirama: suaranya berlagu-lagu; melagu bernyanyi, menyanyi: kedua-dua anak itu kemudiannya menari dan ~; melagui memberi berlagu (pantun, sajak, syair, dll); melagukan menyampaikan lagu, menyanyikan, membaca dgn lagu (Quran, sajak, dll): mereka bersalung dan bernyanyi ~ pantun dagang dgn sedih; laguan ark nyanyian; pelagu ark orang yg menyampaikan lagu (nyanyian dll), penyanyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
solo | 1. nyanyian atau lagu muzik yg dinyanyikan (dimainkan) oleh seorang sahaja; 2. (tugas, persembahan, dsb) dilakukan secara berseorangan: penerbangan ~; nyanyian ~; 3. sendirian (spt melakukan sesuatu seorang diri): dia membuat larian ~ meninggalkan lawannya jauh di belakang. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
alto | (Muz) 1. nada suara nyanyian yg paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yg paling rendah bagi wanita; 2. penyanyi dgn suara nyanyiannya paling tinggi bagi lelaki dewasa atau yg paling rendah bagi wanita. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyanyi | , = nyanyian gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. bernyanyi, menyanyi melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. menyanyikan melagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. penyanyi orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kabaret | (kabarét) 1. persembahan hiburan spt muzik, nyanyian, tarian, dsb) di kelab malam atau restoran; 2. kelab malam atau restoran yg menyediakan persembahan hiburan spt nyanyian, tari-menari, muzik, dsb: Henry yg baru belajar berdansa akan pergi ke ~ utk mencuba-cuba kebolehannya. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
nyanyi | = nyanyian gubahan atau ciptaan muzik yg dilagukan dgn suara; bunyi atau suara yg berirama dan berlagu. bernyanyi melafazkan nyanyi; berlagu: Mari kita ~ beramai-ramai. menyanyikan melagukan sesuatu nyanyian: Siapa yg ~ lagu itu? Saya suka ~ lagu-lagu Melayu asli. penyanyi orang yg bernyanyi; tukang nyanyi; biduan. | Kamus Pelajar |
korus | 1. sekumpulan orang yg menyanyi bersama-sama (dlm sesuatu persembahan); 2. bahagian lagu atau nyanyian yg penyanyi utamanya disertai atau disambut oleh nyanyian sekumpulan penyanyi; 3. nyanyian bersama-sama atau beramai-ramai oleh sekumpulan penyanyi. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
tingkah III | 1 sj gendang. 2 = tingkahan pukulan gendang yg mengiringi lagu dsb; nyanyian yg bersambut-sambutan dgn bunyi-bunyian. bertingkah-tingkah, tingkah-meningkah silih berganti; bersambut-sambutan (ttg bunyi gendang, nyanyian dsb). meningkah memukul gendang dll mengiringi lagu atau mengiringi bunyi-bunyian. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
glorification | n 1. worship, a. (of God) pemujian, pemuliaan, pengagungan; songs in ~ of God, nyanyian-nyanyian memuji Tuhan; b. (of deities, saints, etc) pemujaan, pendewaan;2. act of extolling, praising, pendewaan, pengagungan: the book was merely a ~ of the era, buku itu hanya merupakan suatu pendewaan era tersebut. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
antiphonal | adj 1. sung alternately, antifon: ~ singing, nyanyian antifon; 2. responsive, menyambut: the blare of trumpets is ~ to the beating of drums, bunyi trompet menyambut bunyi paluan gendang. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
choral | adj of, sung by choir, koir: ~ symphony, simfoni koir; ~ singing, nyanyian koir. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
act | n 1. deed, perbuatan: a criminal ~, perbuatan jenayah; a foolish ~, perbuatan bodoh; ~ of kindness, perbuatan baik; ~ of vengeance, perbuatan membalas dendam; ~ of mercy, perbuatan ihsan; 2. statute, akta: Land A~, Akta Tanah; ~ of Parliament, akta Parlimen; 3. (of play, opera) babak: a three -~ play, lakonan tiga babak; 4. one of a series of short performances, (acara) persembahan: a song and dance ~, sebuah persembahan nyanyian dan tarian; 5. pretence, kepura-puraan, pura-pura: his grief was only an ~, kesedihannya hanya pura-pura; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
folk song | nyanyian rakyat | Kesusasteraan | Puisi | Nyanyian dalam bentuk puisi. Contohnya, Nyanyian Rentak Kuda, Bongai, Tumbuk Kala, Dikir Barat dan Ulit Mayang |
nursery rhyme | nyanyian anak | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang diciptakan khas untuk kanak-kanak. Nyanyian anak atau puisi kanak-kanak ini diciptakan lebih sederhana sama ada dari segi pemikiran mahupun struktur dan teknik pengungkapannya berbanding dengan nyanyian remaja dan dewasa . Di samping itu, perkara yang diungkapkan sering mengandungi unsur-unsur nasihat, hiburan, pengajaran dan sebagainya. Nyanyian anak ini boleh dinyanyikan sendiri oleh kanak-kanak itu dan juga dinyanyikan oleh ibu yang hendak menidurkan anaknya. Contohnya, seperti pantun di bawah. Timang tinggi-tinggi, Sampai cucur atap; Belum tumbuh gigi, Dah pandai baca kitab. |
lyric song | nyanyian lirik | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dihasilkan bertujuan untuk dinyanyikan. Dalam konteks ini isi dan pemikiran yang terkandung di dalamnya sarat dengan perasaan penciptanya. Hal ini akan dapat dikesan dengan jelas apabila sesebuah puisi (nyanyian lirik) didendangkan. Contohnya, pada lirik pertama lagu P. Ramlee yang berjudul "Di Mana Kan Ku Cari ganti" seperti di bawah. Hendakku nangis Tiada berair mata Hendakku senyum Tiada siapa nak teman Kalaulah nasib Sudah tersurat Begini hebat Apa nak buat. |
chanson | chanson | Muzik | Tiada | Lagu popular yang berasal dari Perancis dan Itali pada abad ke-14 hingga akhir abad ke-16. Chanson digubah untuk nyanyian solo yang diiringi alat muzik atau nyanyian bercorak polifoni. Bentuk karya jenis ini dibahagikan kepada lebih daripada satu bahagian. Karya jenis ini juga digubah secara homofoni. Contoh chanson pada Zaman Pertengahan ialah chanson troubadour dan trouvère. |
antiphon | antifon | Muzik | Tiada | 1.Teks daripada Kitab Injil yang dinyanyikan sebelum dan selepas psalm atau kantikel dalam canta Gregorian. Antifon dinyanyikan dalam gaya silabik 2. Nyanyian oleh dua kumpulan korus secara bergilir-gilir dalam upacara gereja Katolik yang melibatkan nyanyian balas antara suara, bunyi dan melodi. |
dithyramb | ditiramb | Kesusasteraan | Tiada | Sebuah persembahan yang mengandungi dikir dan nyanyian untuk meraikan dewa Dionysius, yang berkaitan dengan arak, keseronokan dan kesuburan. Pada peringkat awalnya, ditiramb mempersembahkan cerita yang diimprovisasikan dan dinyanyikan secara solo oleh ketua kumpulan dan dijawab oleh kumpulan korus. Kemudian, ditiramb diperluas untuk meraikan dewa-dewa yang lain. Seterusnya, ditiramb berkembang daripada upacara ritual kepada bentuk kesusasteraan yang mengetengahkan cerita kepahlawanan. Dalam kesusasteraan moden (selepas abad klasik), bentuk ini sudah tidak popular lagi. Contoh ditiramb moden ialah karya Dryden, Alexanders Feast yang memperlihatkan gaya persembahan yang penuh ghairah. Ditiramb berasal daripada bahasa Yunani dithurambos yang bermaksud nyanyian rakyat. |
folk ballad | balada rakyat | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi naratif yang biasanya dipersembahkan secara nyanyian. Balada rakyat merupakan salah satu bentuk seni sastera yang awal dan wujud dalam tradisi lisan. Balada rakyat tidak mempunyai nama pengarang, sebaliknya dipindahkan daripada satu generasi kepada satu generasi secara lisan. Balada rakyat biasanya ditulis dalam bentuk yang ringkas dan mudah dari segi susunan plot serta bahasa. Balada ini lahir dalam masyarakat pratulisan dan dipersembahkan secara nyanyian lisan. Tema balada rakyat mementingkan nilai yang bersifat heroik atau kewiraan watak yang penting dalam masyarakat tradisi. Oleh sebab balada rakyat berkembang secara lisan, maka wujud pelbagai tokok tambah dan penceritaannya dari semasa ke semasa. Contohnya, Liyangkit Parang Sabil di Selatan Filipina yang menceritakan kisah pahlawan Islam menentang penjajahan Sepanyol. |
chantey | nyanyian pelaut | Kesusasteraan | Puisi | Puisi yang dinyanyikan oleh pelaut dan nelayan dalam bentuk korus. Lazimnya kata-kata yang terkandung dalam puisi yang dinyanyikan itu diulang-ulang sebutannya. |
kidung | kidung | Kesusasteraan | Puisi | Nyanyian atau lagu yang bahannya diambil daripada syair atau bentuk-bentuk puisi yang lain. Lazimnya sesuatu kidung yang dilagukan mengandungi atau menggambarkan sesuatu perasaan. |
elegy | puisi ratapan | Kesusasteraan | Puisi | Nyanyian atau ratapan, terutamanya mengenai kenangan terhadap peristiwa kematian. Contohnya, puisi ''Balada Lelaki yang Luka" karya W.S. Rendra dan puisi "Ke Makam Bonda" karya Usman Awang. Sinonim elegi. |
Kata |
Takrif |
Kata Terbitan |
Takrif Kata Terbitan |
Peribahasa |
Takrif Peribahasa |
Terjemah Peribahasa |
Tema |
Bahasa Suku Kaum |
russai | Tarian dan nyanyian | - | - | - | - | - | Muzik Dan Tarian | Sungai -> Buludupi |
russai | Tarian dan nyanyian | - | - | - | - | - | Muzik Dan Tarian | Sungai -> Segama |
runsai | Tarian dan nyanyian | - | - | - | - | - | Muzik Dan Tarian -> Nama Tarian | Sungai -> Liwagu |
runsai | Tarian dan nyanyian | - | - | - | - | - | Muzik Dan Tarian -> Nama Tarian | Sungai -> Makiang |
runsai | Tarian dan nyanyian | - | - | - | - | - | Muzik Dan Tarian -> Nama Tarian | Sungai -> Paitan |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
lagu | lagu; 1 irama suara dlm bacaan, nyanyian, percakapan, dll: ~ yen diak yau lagu itu sungguh merdu; 2 gubahan muzik biasanya dgn seni kata: ~ wak kenareang Jelipul lagu yg digubah oleh Jelipul; 3 langgam atau corak irama muzik, dll: ~ Melayu asel lagu Melay | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
lumusung Mr | nyanyian beramai-ramai ketika memulai tarian lansaran. | Dia tersenyum. Nyanyian lumusung masih mendayu-dayu, yang pasti Balon akan berjaya mendapatkan kingkilat dengan enjutan lansaran dan nantinya gemuruh pembangunan akan kedengaran mengaum, mengisi setiap ruang kosong yang dulunya pernah ditinggalkan. | Lansaran | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gasungang Ih | sejenis pantun dan nyanyian. | Tarian Garusai ini berjalan dengan iringan Sundait dan Gasungang iaitu yang berbentuk pantun dan nyanyian. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
lemambang Ib | orang yang mahir dalam pelbagai nyanyian suci atau puji-pujian. | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
sangkah Ib | sejenis nyanyian yang dinyanyikan semasa membawa atau menyambut tengkorak yang dibawa balik semasa ngayau. | Tengkorak itu pun dibawa dengan aluan sangkah secara beberapa kali berjalan dengan gerak-geri ayunan dan nyanyian sepanjang rumah. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
mengimun liliwa Mr | penyanyi lagu tradisi. | Dengan bermulanya nyanyian tersebut, maka penari-penari lelaki dan perempuan pun mulalah menghayun dewan Lansaran tadi, di samping mengikuti irama nyanyian yang dinyanyikan oleh `mengimun liliwa' sebagai penghidup semangat mereka. | Tarian-tarian Tradisional Negeri Sabah | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
duman, *dungan* Ib | kata yang mengiringi kata ikan (rima untuk ikan dalam teks/nyanyian klasik ikan). | Padang dikatakan peneroka awal kawasan Rimbas hilir. Jadi dalam nyanyian pengap pakar lemambang, semasa menyebut ketua-ketua di Rimbas dahulu kala, mereka berkata, "Padang, suami Suyah, korban rebah mati tertumpah, diheret oleh duman ikan tapah yang berjanggut merah emas gempanang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
timang Ib | nyanyian suci. | Pada waktu subuh salah seorang hantu yang tua jatuh sakit alar. Ia kesejukan. Teman-temannya membawa hantu itu mendekati sebuah dapur bedilang di bahagian ruai. Ia dibaringkan terlentang. Hantu-hantu yang sedang menyanyi-nyanyikan timang bertanya tentang hantu yang berbaring itu. | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
pengap Ib | nyanyian suci, timang. | Ketua yang bernama Jenua mengetuai pengikutnya mendiami kawasan Sungai Pusa. Sampai hari ini juga penyair lemambang masih menyebut dalam pengap mereka, "Jenua yang mempelopori Pusa hutan ditebang." | Jubang | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
denjang Ib | sejenis nyanyian pujian terhadap seseorang yang berkedudukan atau berkeistimewaan semasa perayaan adat istiadat. | Semasa gawai ini, upacara pergi ke tanju diadakan sebanyak dua kali. Mantera dibaca hanya setakat mencari tanah, dan diikuti dengan denjang lelaki. Denjang ini adalah sejenis mantera. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
nyangkah Ib | suatu upacara berupa nyanyian yang didendangkan oleh sekumpulan wanita bagi menyambut kepala musuh yang dibawa balik oleh pengayau. | Apabila mereka balik ke rumah panjang mereka, tengkorak musuh yang diperolehi disambut dengan upacara nyangkah. Upacara ini diadakan oleh kaum perempuan itu yang diketuai oleh Endu Sudan Berinjan Bungkong, Endu Diu Tiong Menyelong, isteri Sengalang Burong. Dari sinilah bermulanya upacara Nyangkah Antu Pala atau tengkorak musuh yang baru diperolehi. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
nyanyian | [nya.nyian] | ڽاڽين |
|
|