Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
BAHASA MELAYU KUNO | BAHASA MELAYU KUNO, bahasa yang wujud pada zaman kedua sejarah perkembangan bahasa Melayu. Zaman pertama dinamai bahasa Melayu purba yang wujud pada zaman prasejarah. | BAHASA | Konsep |
ALKIMIA | Alkimia ialah gabungan sains kuno, sihir dan falsafah mistik. Ia terkenal pada awal penyebaran agama Kristian sehinggalah kira-kira pada tahun 1700. Alkimia mencuba mengubah logam yang tidak bernilai menjadi perak dan emas. | UMUM | |
ALI-ALI | Ali-ali ialah sejenis senjata yang paling kuno. Kemungkinan, tarbil merupakan senjata yang pertama direka bentuk untuk melontar batu dengan lebih kuat berbanding dengan lontaran yang mampu dilakukan oleh manusia dengan tangan. | UMUM | |
APULEIUS, LUCIUS | Apuleius, Lucius (125?170? M.), menulis satu- satunya novel yang disimpan sepenuhnya dalam bahasa Latin kuno, Metamorphoses atau Transformations . Novel itu juga dikenali sebagai The Golden Ass . Novel ini menceritakan pengembaraan seorang pemuda bernama Lucius yang telah bertukar menjadi seekor keldai dengan tidak sengaja. Dia dikembalikan menjadi manusia oleh dewi Mesir, Isis. Novel ini memuatkan beberapa cerita pendek, yang paling terkenal antaranya ialah cerita Cupid and Psyche (lihat Psyche ). | UMUM | |
EJAAN DAN TULISAN KAWI | EJAAN DAN TULISAN KAWI, sistem ejaan yang berasal daripada bahasa Kawi, salah satu bahasa kuno yang ada kaitannya dengan sejarah pertumbuhan dan perkembangan bahasa Melayu. Beberapa tinggalan sejarah menunjukkan bahawa bahasa Kawi pernah digunakan dengan agak meluas di kebanyakan pusat pemerintahan raja-raja rumpun Melayu dalam Gugusan Kepulauan Melayu atau Nusantara. Pengaruhnya telah bermula dan bertapak di beberapa buah istana raja seperti di Kutai, Tarumanegara, majapahit, Sriwijaya, Padjajaran, Singasari dan Mataram sejak abad pertama hingga abad ke-16, sebelum pengaruh agama Islam berkembang luas di rantau tersebut.
| BAHASA | Bahasa |
BAHASA MELAYU PADA PRASASTI | BAHASA MELAYU PADA PRASASTI, bahasa Melayu yang ada pada tulisan kuno yang biasanya dipahatkan atau digoreskan pada batu, logam, tembikar atau bahan yang lain. Beberapa banyak prasasti berbahasa Melayu telah ditemui di Pulau Sumatera, Pulau Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Filipina, Kalimantan dan di tanah besar Asia Tenggara. | BAHASA | Konsep |
MEMINTAL | Memintal ialah proses membuat benang dengan memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang dipintal dengan menggunakan spindel. Spindel ini terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23 sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar, dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi membuat benang untuk kain yang baik. | UMUM | |
SYEKEL | Syekel ialah unit mata wang Israel. Perkataan syekel pada asalnya bermakna satu unit berat. Syekel telah digunakan sebagai pemberat oleh orang Babylon, Phoenicia, dan Yahudi Kuno. Kitab Bible kerap merujuk kepada syekel Yahudi. Beratnya kira-kira 218 grain, atau kira-kira 14 gram. Syekel pertama kali digunakan sebagai wang dalam bentuk ketulan emas dan perak. Orang Yahudi mencipta duit syiling syekel yang pertama sekitar tahun 66 M. Duit syiling syekel perak bernilai setengah dan suku juga telah dicipta. | UMUM | |
BHAGAVAD-GITA | Bhagavad-Gita ialah salah sebuah kitab suci agama Hindu yang utama. Nama Bhagavad-Gita bermakna Nyanyian Dewa. Kitab ini ditulis dalam bahasa India kuno, iaitu bahasa Sanskrit. Bhagavad- Gita biasanya dikenali sebagai Gita (nyanyian). Ia telah diterjemah ke dalam bahasa-bahasa India yang utama dan juga beberapa bahasa Barat. Sarjana India, seperti Shankaracharya (juga dikenali sebagai Shankara) yang hidup pada tahun 700-an M., telah menulis ulasan tentangnya. Gita ialah sebahagian daripada Buku Keenam Mahabharata, puisi epik India yang agung (lihat Mahabharata). Karya ini mengandungi 700 puisi yang terbahagi kepada 18 bab, dan kemungkinan juga telah ditambah kepada karya utama Mahabharata, pada tahun 100-an M. dan tahun 200-an M. | UMUM | |
ATAVISME | Atavisme, yang juga disebut pengembalian , ialah kemunculan semula secara tiba-tiba sesuatu ciri pada haiwan atau tumbuhan. Sebelum ini, ciri itu hanya pernah terdapat pada nenek moyang kuno haiwan atau tumbuhan itu. Ciri itu muncul semula disebabkan gen (unit kewarisan) diasing-asingkan semula menjadi gabungan yang tidak wujud pada nenek moyang baru (lihat Gen ). Misalnya, beberapa jenis tikus putih dan tikus hitam mungkin membiak betul-betul menurut warna sebenarnya selama beberapa generasi. Tetapi, jika tikus itu dikacukkan, warna anaknya mungkin kembali kepada warna nenek moyangnya dan kelihatan berlainan daripada ibu bapanya. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kuno | Bahasa Asal :Jawa | 1. Dalam konteks masa bersinonim dengan dahulu kala, purbakala, lama, tua, bahari, usang, Berantonim dengan mutakhir
2. Dalam konteks sikap bersinonim dengan kolot, usang, ketinggalan zaman, konservatif, ortodoks, jumud, primitif, Berantonim dengan moden
| Kata Terbitan : kekunoan, |
|
|