Kata |
Takrif |
Sumber |
mutakhir | terbaru atau paling akhir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mutakhir | terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mutakhir | terbaru atau paling akhir. | Kamus Pelajar |
kekinian | 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
moden | dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~; memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata; pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pembaruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kini | sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warna-warni | 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
brief | vt 1. instruct by briefing, memberikan taklimat kpd sso, memberi sso taklimat: the chairman will ~ the board on the recent development, pengerusi akan memberikan taklimat kpd lembaga ttg perkembangan mutakhir; pilots were ~ed before each flight, juruterbang diberi taklimat setiap kali sebelum penerbangan; 2. (a barrister) memberi [sso] arahan, memberikan arahan kpd, mengarahkan: Ive been ~ed to defend the accused, saya diberi arahan utk membela yg dituduh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
coinage | n 1. act of making coins, pencetakan duit syiling; 2. coins collectively, duit syiling; 3. invention of word etc, penciptaan, dicipta: a word of recent ~, kata yg mutakhir dicipta; 4. an invented word etc, kata ciptaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
ground 1 | break fresh ~, membuat penemuan baru: this research breaks fresh ~ in the field of immunology, penyelidikan ini membuat penemuan baru dlm bidang imunologi; cover /much, a lot of, etc/ ~, (fig.) approp v + banyak perkara: the report covered a lot of ~, laporan itu meliputi banyak perkara; the author covered a lot of ~ in his new book, penulis itu membincangkan banyak perkara dlm bukunya yg mutakhir; cut the ~ from under sos feet, memintasi: | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
intelligence | n 1. ability to understand, learn, think, etc, kecerdasan; (coarse) otak: a girl of average ~, kanak-kanak perempuan yg sederhana kecerdasannya; use your ~!, gunakan otak kamu!; have the ~, cerdik: when the fire broke out, he had the ~ to douse it with a bucket of sand, apabila kebakaran itu berlaku, dia cerdik dan menyimbah api itu dgn sebaldi pasir; 2. news, information (about the enemy in particular) risikan: the latest ~ from the front line, risikan mutakhir dr barisan hadapan; 3. people, department involved in gathering such information, bahagian perisik; (attrib) perisik: military ~, bahagian perisik tentera; ~ officer, pegawai perisik. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
approximate | ~ to, a. (in quantity, number, etc) approp v + /lebih kurang, kira-kira/: the cost of the building is expected to ~ to five million ringgit, harga bangunan itu dianggarkan berjumlah lebih kurang lima juta ringgit; b. (in quality, character, etc), [various translations]: his account of the accident ~s to those of the other witnesses, laporannya ttg kemalangan itu hampir sama dgn yg dibuat oleh saksi-saksi yg lain; a man approximating to that description was seen walking towards the village, seorang lelaki yg seakan-akan sama dgn yg digambarkan telah dilihat berjalan ke arah kampung itu; your latest design ~s to what I imagined the stage to be like, rekaan mutakhir kamu ini seakan-akan sama dgn pentas yg saya bayangkan; ~ st to, see vt (sense 2.). | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
unproductive labour | buruh tak produktif | Ekonomi | Tiada | Buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif. |
pharmacopoeia | farmakopeia | Herba | Tiada | Dokumen rasmi yang mengandungi monograf bagi bahan mentah dan sediaan herba serta deskripsi, kaedah ujian, prosedur penyediaan dan pembuatan yang terpiawai. Farmakopeia membolehkan bahan herba dihasilkan dan dipiawaikan secara seragam. Dokumen ini diterbitkan mengikut arahan rasmi kerajaan atau pertubuhan yang bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan. Walau bagaimanapun, kesahannya tertakluk kepada kajian terkini dan berpandukan dokumen mutakhir. |
terasul | terasul | Kesusasteraan | Tiada | Kitab panduan untuk menulis surat kiraman Melayu. Kitab ini menyediakan prinsip asas seni surat-menyurat Melayu, khususnya surat rasmi istana. Kitab terasul dianggap sebagai esoterik kerana sifat kerahsiaannya. Terasul tidak disebarkan dalam kalangan orang awam. Terasul hanya digunakan oleh jurutulis di balai pustaka istana sebagai panduan menulis surat yang betul. Hampir setiap negeri memiliki kitab terasulnya sendiri. Contohnya, terasul Kedah, Terengganu, Palembang, Riau, dan Borneo. Salah satu contoh kitab terasul yang terawal ditulis pada abad ke-18 oleh jurutulis, Abd. Kadir ibn al-Khatib di Palembang. Contoh terasul yang mutakhir terdapat dalam kitab Bustan al-Katibin yang ditulis di Riau oleh Raja Ali Haji pada tahun 1857. Terasul juga merujuk kepada cara penggunaan, pengamalan, dan penurunan adat dalam situasi yang sebenar. Contohnya, penggunaan terasul dalam majlis perbincangan beradat seperti upacara pertunangan. Terasul dikenali juga sebagai teromba. Lihat juga teromba. |
bildungsroman | bildungstoman | Kesusasteraan | Tiada | Novel yang memaparkan perkembangan protagonis dari zaman kanak-kanak atau remaja hingga ke tahap dewasa. Bildrungsroman memaparkan proses kematangan yang dicapai oleh wira muda selepas dia berjaya mengharungi liku-liku hidup. Bildungsroman dikaitkan dengan karya Goethe bertajuk Wilhelm Meisters Lehrjahre (1796) yang dianggap sebagai pengasas pola ini. Beberapa novel ulung pada abad ke-19 dan ke-20 mengguna pakai pola bildungsroman, contohnya novel David Copperfield oleh Charles Dickens. Apabila novel ini secara khusus melukiskan pembentukan seorang seniman, novel ini digelah kunstleroman. Contoh kunstleroman ialah A Portrait of the Artist as a Young Man oleh James Joyce. Mutakhir ini, pengkritik feminis mempertikaikan bentuk bildungsroman lelaki kerana pola perjalanan hidup seorang lelaki tidak sama dengan pola yang dilalui oleh seorang wanita. Para pengkritik feminis mengutamakan pengalaman wanita yang membina jati dirinya. Bildrungsroman berasal daripada bahasa Jerman bermaksud novel pembentukan. Lihat juga kunstleroman. |
interpretation | tafsiran | Kesusasteraan | Tiada | Pemahaman teks secara umum termasuklah memahami bahasa, menganalisis, menghuraikan, menjelaskan, mencari, dan menetapkan makna teks. Tafsiran biasanya memfokuskan bahagian yang sukar difahami, taksa atau samar-samar, atau yang menggunakan bahasa figuratif. Secara umumnya, tujuan mentafsir adalah untuk menghuraikan dan memahami secara keseluruhan karya yang disampaikan menerusi medium bahasa, dengan mengambil kira aspek konvensi yang tertentu seperti genre, imejan, tema dan kesan. Hal ini melibatkan huraian unsur yang implisit dan eksplisit, dan analisis aspek formal bagi memperlihatkan kesepaduan atau kelonggaran teks berkenaan. Dalam stilisitik, tafsiran merujuk kepada pemahaman bahasa berdasarkan analisis pola formal dan semantik, yang secara keseluruhannya membawa dapat tentang erti teks. Pada prinsipnya, para sarjana konvensional berpendapat bahawa teks mempunyai suatu tafsiran atau makna yang betul, walaupun terdapat pelbagai tafsiran bagi pembaca yang berbeza. Mereka menganggap bahawa mentafsirkan karya hendaklah seboleh-bolehnya untuk memperoleh makna yang dimaksudkan oleh pengarang. Namun, mutakhir ini dikatakan bawa sesebuah teks mungkin memberi lebih daripada satu tafsiran atau makna. Hal ini disebabkan oleh kompleksiti bahasa dan struktur karya. Walau bagaimanapun, semua tafsiran teks adalah berasaskan kecekapan pembaca dan pengetahuannya tentang konvensi bahasa dan sastera, serta pengetahuan budayanya. Jenis tafsiran yang lebih khusus adalah seperti takwil, hermeneutika dan dekonstruksi. Tafsiran dalam bahasa Arab bermaksud memberi makna. Tafsiran disebut juga interpretasi. Lihat juga dekonstruksi, hermeneutika. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mutakhir | [mu.ta.khir] | متاخير |
|
|