Kata |
Takrif |
Sumber |
terkini | yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
pengeksploitasian | perihal (perbuatan, tindakan dsb) mengeksploitasi: ~ wanita dapat dilihat menerusi iklan yg menjatuhkan martabat wanita secara halus; maklumat yg terkini dapat diperoleh melalui ~ segala kemudahan teknologi maklumat yg tersedia di pasaran; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengemaskinikan | 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
adendum | kata nama 1. tambahan maklumat pada bahagian akhir buku, laporan dan sebagainya yang sedia ada Ayat: Adendum laporan ini disediakan berdasarkan hasil penelitian dan penilaian terkini oleh pasukan penyelidik.
2. Undang-undang tambahan perkara, syarat dan sebagainya kepada dokumen, perjanjian dan sebagainya yang asal Ayat: Dalam semua kes, tujuan adendum adalah untuk menambah catatan tanpa mengubah perkara asalnya.
3. Kejuruteraan tinggi jejarian bagi gigi gear, diukur di sebelah luar bulatan pic
4. Kejuruteraan bahagian gear yang berada di sebelah luar bulatan pic | Kamus DBP versi dalam Talian |
hompej | (hompéj) (Komp) paparan di skrin komputer yg mengandungi maklumat pengenalan tentang seseorang individu, sesebuah institusi, organisasi dsb: UMNO negeri akan melancarkan ~ yg memuatkan perkembangan politik di Melaka dlm usaha memberikan maklumat terkini kpd rakyat. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kemas kini | 1 baru atau sedang berlaku; semasa. 2 memperlihatkan atau menampakkan pembaruan (bkn stail, fesyen dll); moden; terbaru: Kebanyakan fesyen pakaian ciptaannya ~. mengemaskinikan 1 menjadikan kemas kini; mengusahakan supaya kemas kini. 2 ist mengubah suai kandungan fail induk (komputer) dgn memasukkan maklumat terkini. pengemaskinian perbuatan atau hal mengemaskinikan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
kini | sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
hipster | bahasa percakapan 1 unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi mempunyai nilai kontemporari bahasa percakapan 2 orang yang unik dan kreatif kerana tidak mengikut kelaziman tetapi moden dan mengikut perkembangan terkini | Kamus DBP versi dalam Talian |