Kata |
Takrif |
Sumber |
mutakhir | terbaru atau paling akhir. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
mutakhir | terakhir, akhir-akhir ini, terbaharu, kemas kini: membicarakan puisi Malaysia ~; A.Samad Said terus-menerus mengikuti perkembangan sastera ~ di dunia; kajian yg dilakukan pd tahun-tahun ~ ini. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mutakhir | terbaru atau paling akhir. | Kamus Pelajar |
kekinian | 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
moden | dr masa sekarang, berkaitan dgn masa kini, yg terbaru, cara (kaedah) baru, mutakhir: bahasa ~; senjata ~; alat kelengkapan ~; memodenkan menjadikan moden, membuat supaya jadi moden, membarui: Mustafa Kamal telah mengadakan perubahan dan mencuba sungguh-sungguh ~ negerinya; kemodenan perihal moden (baru), sifat (ciri dsb) moden: baik kaunseling dlm bentuknya sekarang yg banyak diselubungi ~, mahupun pd zaman awalnya yg lebih merupakan bimbingan akhlak semata-mata; pemodenan perihal (kegiatan, usaha, dsb) memodenkan, perihal menjadi moden, pembaruan: kerajaan Jepun berusaha dgn lebih bersungguh-sungguh utk mempercepat ~ negeri itu; penyempurnaan dan ~ bahasa dlm menghadapi cabaran semasa perlu ber-laku di negara-negara membangun. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
kini | sekarang ini, waktu ini: ~ segala-galanya yg selama ini dirahsiakan telah diketahui umum; hingga ~ ke atas dr sekarang (ketika ini) dan selanjutnya; kekinian 1. keadaan terbaru atau mutakhir: ~ padanan dlm bahasa sasaran; 2. keadaan masa kini: seorang penulis menyedari kehadirannya dlm ruang waktu ~nya; terkini yg paling kini, terbaru: penyelidikan yg ~ dlm ilmu bahasa. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
warna-warni | 1. berbagai-bagai warna(nya) (spt biru berserta merah dan warna-warna lain): bangunan yg dihiasi bendera ~; 2. berbagai-bagai ragam atau corak, aneka ragam: ~ dlm puisi Malaysia mutakhir; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
Kata |
Takrif |
Sumber |
up-to-the minute | adj 1. latest, mutakhir, terbaru: an ~ election result, keputusan pilihan raya yg mutakhir; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
up-to-date | adj terbaru, termoden; (of information, ideas) mutakhir, terbaru; (of clothes) fesyen terbaru: a kitchen with every ~ gadget, dapur yg dilengkapi setiap peralatan yg termoden; ~ information on world politics, maklumat yg mutakhir ttg politik dunia; he is more ~ about sport than I am, dia lebih mengetahui maklumat yg mutakhir ttg sukan drpd saya; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
up-to-date | bring so. ~, memberi sso maklumat yg mutakhir. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
resettlement | n penempatan semula: a recent programme of ~, rancangan mutakhir penempatan semula. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
trenchant | adj bold, effective and cutting, tajam: ~ comments about the authors latest book, komen yg tajam ttg buku mutakhir pengarang itu; he is noted for his ~ wit, dia terkenal krn akalnya yg tajam. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
play | bring into ~, menggunakan: all sorts of new factors have been brought into ~ due to the governments latest decision, disebabkan keputusan kerajaan yg mutakhir, semua faktor baru telah digunakan; come into ~, melibatkan: one must not allow os feelings to come into ~ when discussing such an issue, sso tdk seharusnya melibatkan perasaannya apabila membincangkan isu spt itu; in ~, a. (sport) tdk keluar: he reached the ball in time to keep it in ~, dia sempat menendang bola itu supaya tdk keluar; b. in jest, utk bergurau: he only said it in ~, so dont take it seriously, dia mengatakan perkara itu cuma utk | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
touch | be out of ~ with st, tdk mengikuti sst: he is out of ~ with the latest developments in the industry, dia sudah tdk mengikuti perkembangan-perkembangan mutakhir yg berlaku dlm industri itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
brief | vt 1. instruct by briefing, memberikan taklimat kpd sso, memberi sso taklimat: the chairman will ~ the board on the recent development, pengerusi akan memberikan taklimat kpd lembaga ttg perkembangan mutakhir; pilots were ~ed before each flight, juruterbang diberi taklimat setiap kali sebelum penerbangan; 2. (a barrister) memberi [sso] arahan, memberikan arahan kpd, mengarahkan: Ive been ~ed to defend the accused, saya diberi arahan utk membela yg dituduh; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
coinage | n 1. act of making coins, pencetakan duit syiling; 2. coins collectively, duit syiling; 3. invention of word etc, penciptaan, dicipta: a word of recent ~, kata yg mutakhir dicipta; 4. an invented word etc, kata ciptaan. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
touch | /be, keep/ in ~ (with st), mengikuti sst: Ill make it a point to be in ~ with what is going on at home, saya akan memastikan supaya saya dapat mengikuti segala perkembangan yg berlaku di tanah air; he kept in ~ with recent developments in the subject, dia mengikuti segala perkembangan mutakhir yg berlaku dlm bidang itu; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Indonesia |
Istilah Brunei |
Istilah Malaysia |
Bidang |
contemporary film | film mutakhir | filem mutakhir | filem mutakhir | Komunikasi Massa |
latest news | berita mutakhir | berita mutakhir | berita mutakhir | Komunikasi Massa |
ultimate load | beban mutakhir | beban muktamad | beban muktamad | Aeroangkasa |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
dernier cri | fesyen mutakhir | Kesenian | Tiada | Fesyen pakaian yang terbaharu. |
contemporary film | filem mutakhir | Komunikasi | Tiada | Filem yang mengisahkan tentang peristiwa semasa yang berlaku pada zaman filem itu diterbitkan. |
downfall | keruntuhan | Sejarah | Tiada | Kemusnahan atau kebinasaan yang mutakhir bagi sesebuah empayar, tamadun, monarki atau pemerintahan. |
chief timekeeper form | borang ketua penjaga masa | Sukan | Tiada | Borang yang digunakan oleh ketua penjaga masa untuk melaporkan catatan masa mutakhir para peserta dalam sesuatu acara. |
chief finishing judge report form | borang laporan ketua hakim penamat | Sukan | Tiada | Borang yang digunakan oleh ketua hakim penamat untuk melaporkan kedudukan mutakhir para peserta dalam sesuatu acara. |
act of war | tindakan perang | Sains Politik | Hubungan Antarabangsa | Menurut tatacara peraturan antarabangsa, negara atau pemerintah mempunyai hak untuk mengambil tindakan perang apabila merasakan perlu berbuat demikian. Prinsip yang boleh mengekang tindakan perang ini dipengaruhi oleh pertimbangan kebajikan umum. Namun demikian, dalam keadaan mutakhir ini piagam PBB mengenai peperangan dengan jelas telah memutuskan sempadan tindakan pemaksaan (perang) secara sah atau tidak sah. Tindakan kekerasan hanya boleh dikenakan bagi tujuan mempertahankan diri. Walau bagaimanapun, dalam keadaan mekanisme pengurusan konflik yang lemah kebanyakan negara menangani konflik secara kekerasan termasuklah perang. Dalam keadaan semasa, perang gerila dan tindakan keganasan secara terancang menjadikan peraturan peperangan tidak dapat dilaksanakan secara berkesan. Penglibatan pihak asing dalam kancah perang saudara dan perang antara negara merumitkan lagi keadaan, seperti krisis di Timur Tengah. |
standby space | ruang menunggu | Komunikasi | Korporat | Sistem yang diguna pakai oleh syarikat penerbitan media cetak untuk penyiaran iklan pada sebarang waktu dan ruang yang dikosongkan. Pihak penerbit akan melompangkan ruang untuk siaran berita atau bahan siaran yang bersifat semasa, sebelum sesuatu penerbitan itu dicetak. Sekiranya tiada bahan mutakhir yang boleh mengisi lompang tersebut, ruang ini akan digantikan dengan iklan yang telah sedia menunggu/ Kesan akhirnya ialah keseluruhan ruang digunakan sepenuhnya. Oleh sebab ciri pengiklanan dari segi waktu dan ruang tidak tetap, maka kos yang dikenakan kepada pengiklan adalah lebih rendah berbanding iklan lain yang dijadualkan lebih awal. Kedudukan ruang iklan biasanya terletak di halaman yang kurang mendapat perhatian dan tidak strategik dari segi nilai berita. |
Malaysian grading rule | Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia | Perhutanan | Sains Kayu dan Hasil Hutan | Satu sistem penggredan khusus untuk semua kayu keras gergaji yang berasal dari Malaysia atau kawasan yang berhampiran dengannya, kecuali kayu jati. Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia 1984 adalah sistem penggredan yang mutakhir dan berkuatkuasa sehingga digantikan dengan yang lain. Sistem penggredan ini mengandungi dua bahagian utama, iaitu khusus untuk spesifikasi pasaran umum dan spesifikasi pasaran khas. Peraturan yang pertama kali diterbitkan pada tahun 1949 ini telah dipinda beberapa kali, iaitu pada tahun 1955, 1960 dan 1968 dan terakhir sekali pada tahun 1984. Pindaan dan pengubahsuaian ini perlu dilakukan selaras dengan perubahan teknologi dan penggunaan kayu. Peraturan Penggredan Kayu Keras Gergaji Malaysia lebih dikenali dengan singkatan Inggerisnya MGR. |
unproductive labour | buruh tak produktif | Ekonomi | Tiada | Buruh yang tidak terlibat secara langsung dalam proses pengeluaran barang-barang ketara. Mengikut Adam Smith, buruh tak produktif termasuk buruh yang terlibat dalam perkhidmatan seperti tentera, pekerja gereja, peguam, pelukis, kerani dan pentadbir. Pengelasan Adam Smith ini tidak berasas kerana perkhidmatan juga merupakan barang ekonomi dalam bentuk output tak ketara, tetapi mengikut pendapat mutakhir buruh yang terlibat dalam perkhidmatan dianggap buruh produktif. |
pharmacopoeia | farmakopeia | Herba | Tiada | Dokumen rasmi yang mengandungi monograf bagi bahan mentah dan sediaan herba serta deskripsi, kaedah ujian, prosedur penyediaan dan pembuatan yang terpiawai. Farmakopeia membolehkan bahan herba dihasilkan dan dipiawaikan secara seragam. Dokumen ini diterbitkan mengikut arahan rasmi kerajaan atau pertubuhan yang bekerjasama dengan pihak berkuasa kerajaan. Walau bagaimanapun, kesahannya tertakluk kepada kajian terkini dan berpandukan dokumen mutakhir. |
Kata |
Sebutan |
Jawi |
mutakhir | [mu.ta.khir] | متاخير |
|
Tesaurus |
---|
| Tiada maklumat tesaurus untuk kata mutakhir; |
|
|