Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
CHRÉTIEN DE TROYES | Chrétien de Troyes ialah penyair Perancis yang menulis dari tahun 1160 hingga tahun 1190. Dia memperkenalkan kisah-kisah King Arthur dan Kesateria Round Table ke dalam kesusasteraan Perancis. | UMUM | Umum |
SURAH AL-QASAS | Surah al-Qasas ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-28 mengikut susunan surah-surah al-Quran dan mengandungi 88 ayat. Surah ini dinamakan al-Qasas (kisah-kisah) kerana Allah S.W.T. menyebut di dalamnya kisah Nabi Musa a.s. secara terperinci dan jelas dari mula kelahirannya sehinggalah waktu pelantikannya sebagai rasul. Di dalam surah ini juga terdapat peristiwa-peristiwa pelik dan ajaib yang menggambarkan dengan jelas pemeliharaan dan pembelaan Allah S.W.T. terhadap wali-wali-Nya (kekasih-Nya) dan mengecewakan musuh-musuh- Nya. | UMUM | |
ROM PURBA | Rom Purba. Kisah Rom purba ialah kisah bagaimana sebuah masyarakat kecil yang terdiri daripada gembala kambing di pedalaman Itali, berkembang sehingga menjadi sebuah empayar yang terbesar dalam sejarah dan kemudian mengalami keruntuhan. Mengikut legenda orang Rom, bandar Rom telah diasaskan pada tahun 753 S.M. Menjelang tahun 275 S.M., Rom menakluk sebahagian besar Semenanjung Itali. Pada zaman kemuncaknya, iaitu pada tahun 100-an M., | UMUM | |
KELLER, GOTTFRIED | Keller, Gottfried (18191890) ialah penulis Swizerland yang paling terkenal yang menulis di Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal dengan watak jenakanya dan sikap yang mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller menulis beberapa prosa yang pendek dikenali sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856, 1874). Novella ini termasuk cerita jenaka Clothes Make the Man dan kisah tragik Romeo dan Juliet in the Village. Siri-siri lain yang penting termasuk Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander (1886). Keller lahir di Zurich. | UMUM | |
KISAH PELAYARAN ABDULLAH | Kisah Pelayaran Abdullah ialah sebuah karya autobiografi yang ditulis oleh Abdullah Abdul Kadir Munsyi (17961854) atau lebih dikenali sebagai Abdullah Munsyi. Buku ini telah dicetak oleh Penerbit E. J. Brill di Belanda pada tahun 1889. | UMUM | |
KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI | KISAH PELAYARAN MUHAMMAD IBRAHIM MUNSYI, karya autobiografi. Kisah Pelayaran Mohammad Ibrahim Munsyi, dikarang oleh Ibrahim bin Haji Abdullah Munsyi. Apabila dia meninggal dunia, karangan ini berada di tangan saudaranya, Muhamad Khalid. Muhammad Khalid kemudian menyerahkan karangan ini kepada Haji Muhammad Said. Dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Ibrahim, Sultan Yang dipertuan bagi negeri dan jajahan Johor, Kisah Pelayaran Muhammad Ibrahim Munsyi dicetak pertama kali dalam tulisan jawi pada tahun 1919,. Kemudian dalam tahun 1956, naskhah ini dicetak semula tanpa melakukan apa-apa perubahan. Kedua-duanya dicetak oleh Jabatan Cetak Negeri Johor di Johor Bahru. | SASTERA | Karya |
KISAH | KISAH, majalah bulanan cerita pendek. Majalah ini diterbitkan di Jakarta pada bulan Julai 1953. Selain memuatkan cerita pendek, majalah ini juga memuatkan sajak, esei dan kritik. Majalah ini memberikan hadiah untuk cerpen yang diterbitkan setiap tahun. H.B Jassin pernah membukukan 13 cerpen yang dimuatkan dalam majalah ini dengan jdul kisah: 13 Cerita Pendek (1955). | SASTERA | Penerbitan |
ALADDIN | Aladdin ialah salah seorang hero dalam Kisah Seribu Satu Malam. Kisah ini berasal dari Parsi tetapi ia ditokok tambah berdasarkan pegangan dan pandangan penceritanya, iaitu seorang wanita Islam bernama Syahrizat. | UMUM | |
KOBOI | Koboi ialah orang yang membantu menjaga sekawanan besar lembu untuk pemilik ladang ternak. Di Amerika Syarikat, koboi menjadi masyhur pada zaman sempadan Barat dahulu. Reputasi kerana berani menghadapi bahaya dan kesusahan menjadikan mereka wira kepada banyak orang Amerika. Kisah-kisah yang menyeronokkan tentang kehidupan koboi, nyanyian koboi yang merawan hati, dan bahasa koboi yang berwarna-warni semuanya telah menjadi sebahagian daripada cerita rakyat Amerika. Kebanyakan novel, pertunjukan wayang gambar, dan televisyen yang paling popular adalah tentang koboi. | UMUM | |
ANNE, SAINT | Anne, Saint, secara tradisi dianggap sebagai isteri Joachim dan ibu kepada Virgin Mary. Kisah mengenai kehidupannya ditemui hanya dalam buku yang keluarannya diragui, daripada Kitab Perjanjian Baru. Menurut kisah ini, seorang malaikat muncul di hadapannya dan mengumumkan bahawa anaknya akan direstui di seluruh dunia. Saint Anne mempunyai banyak makam yang didirikan untuknya. Salah sebuah makam yang paling terkenal ialah makam yang terletak berhampiran Quebec City, Kanada, iaitu makam Ste.-Anne-de-Beaupre. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| kisah (kata nama) | Bersinonim dengan hal, cerita, kejadian, riwayat, gambaran, tambo, peristiwa, babad, hikayat, berita,
karangan, rencana, sejarah;, | | Kata Terbitan : berkisah, mengisahkan, |
|
Puisi |
---|
|
Saya tak tahu emping basi, Biarlah jatuh ke dalam duri; Saya tak tahu demo benci, Saja saya tak kisah diri.
Lihat selanjutnya... |
|