Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
SKOLIOSIS | Skoliosis ialah lengkung ke sisi yang berlaku pada tulang belakang. Dalam kebanyakan kes, keadaan ini begitu ketara ketika remaja ataupun ketika masih kanak-kanak lagi. Skoliosis lebih banyak menjejaskan kanak-kanak perempuan daripada laki-laki, tetapi para doktor belum dapat menjelaskan sebabnya. Kes yang sudah teruk boleh menyebabkan kecacatan bentuk yang parah yang boleh mengganggu perjalanan jantung, paru-paru, dan sistem saraf. Kecacatan bentuk yang sedemikian boleh juga membawa kepada masalah psikologi. Para doktor masih belum dapat mengetahui puncanya yang menyebabkan kebanyakan kes skoliosis ini, walaupun ada sesetengahnya berpunca daripada penyakit otot atau kecacatan sejak lahir. | UMUM | |
MUHAMMAD V | Muhammad V (1327 H.1380 H., /1909 M.1961 M.), raja Maghribi. Baginda menaiki takhta ketika berumur 18 tahun pada tahun 1927 M. selepas kemangkatan ayahandanya Sultan Yusuf ibn al- Hasan. Ketika itu Maghribi berada di bawah jajahan Perancis. Baginda menuntut kemerdekaan Maghribi pada 11 Januari 1944 dan pergi ke Perancis pada tahun 1950 bagi mengadakan perbincangan dengan Presiden Perancis dan para pemimpinnya tentang urusan pentadbiran sendiri negaranya. | UMUM | |
NEGERI PAUS | Negeri Paus. Nama yang diberikan kepada daerah yang pada satu ketika dahulu diperintah oleh paus Gereja Roman Katolik. Paus menguasai bidang ekonomi, tentera, dan politik. Kebanyakan daerah berada di bahagian tengah Itali, dengan beberapa tanah yang berada di Perancis untuk beberapa ketika. Kini, Paus hanya mengawal bidang temporal bagi 44 hektar Vatican City, sebuah negeri bebas dalam daerah Rom. | UMUM | |
MERCIA | Mercia ialah salah sebuah negara besar England ketika era Anglo-Saxon. Ia terbentang sehingga ke timur Wales, antara Wessex, di sebelah selatan dan Northumbria di utara. Negara ini mungkin ditubuhkan pada tahun 500-an dan menjadi kerajaan England yang paling berkuasa pada tahun 700-an ketika di bawah pemerintahan Raja Ethelbald dan Raja Offa. Egbert, raja Wessex, menakluki Mercia pada tahun 825. Selepas itu Mercia tidak pernah berjaya memulihkan semula kuasa mereka sebagaimana sebelumnya. Lihat juga Offas Dyke; Shropshire; United Kingdom, Sejarah. | UMUM | |
TERA AIR | Tera air ialah tanda pengenalan yang ditekan ke atas kertas ketika ia dibentuk oleh mesin pembuat kertas. Lazimnya, tera air ialah tanda yang ditinggalkan oleh dawai yang dibentuk supaya menyerupai corak tera air dan dipasangkan pada penggelek hias mesin Fourdrinier (lihat Kertas [gambar rajah: Bagaimana kertas dibuat]). Ketika corak dawai itu bersentuh dengan lapisan palpa yang basah, suatu kesan tekanan yang lut cahaya akan terjadi, dan boleh dilihat apabila kertas itu dibentang di hadapan cahaya. Suatu tanda yang kelihatan seperti tera air juga boleh dibuat secara kimia di atas kertas yang sudah siap. Kertas yang ditandakan dengan tera air sering digunakan pada dokumen penting untuk membantu mencegah peniruan atau pemalsuan. | UMUM | |
POSTUR | Postur ialah kedudukan tubuh seseorang ketika berdiri atau duduk. Postur ditentukan oleh keupayaan seseorang mengekalkan keseimbangan terhadap daya graviti, yang menarik tubuh secara berterusan ke bawah. Tindakan sesetengah otot tertentu mengekalkan tubuh supaya tegak lurus. Otot ini termasuk otot yang menahan belakang, pinggul dan lutut daripada bengkok. Disebabkan oleh tindakan tolak ansur dengan tarikan graviti dan juga tindakan otot, maka postur ialah keadaan yang dinamik dan sentiasa berubah. | UMUM | |
PERCEVAL, SPENCER | Perceval, Spencer (17621812) ialah satu- satunya perdana menteri British yang dibunuh semasa memegang jawatan. Pada 11 Mei 1812, ketika sedang memasuki lobi Dewan Rakyat, dia ditembak oleh John Bellingham. Semasa dibicarakan, Bellingham merayu dengan mengatakan bahawa dia tidak siuman ketika membunuh Perceval. Tetapi dia didapati bersalah dan digantung sampai mati pada 18 Mei. Perceval menjadi perdana menteri selama tiga tahun semasa Perang Napoleon. | UMUM | |
SOLSTIS | Solstis ialah satu daripada dua ketika yang berlaku setiap tahun apabila matahari berada pada kedudukan paling utara atau paling selatan. Matahari muncul tepat di atas kepala di garisan lintang yang berubah-ubah sepanjang tahun disebabkan oleh kecondongan paksi putaran bumi. Paksi itu condong pada sudut 2327 dari satah orbit bumi yang mengelilingi matahari. Solstis musim panas berlaku apabila matahari tiba di titik paling utara, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Sartan (garisan lintang 2327 utara). Sewaktu solstis musim sejuk pula, matahari muncul pada kedudukan yang paling selatan, iaitu tepat di atas kepala di Garisan Jadi (garis lintang 2327 selatan). | UMUM | |
AMNIOSENTESIS | Amniosentesis ialah prosedur perubatan yang kadangkala dilakukan ketika kehamilan untuk membantu menentukan kesihatan dan kematangan bayi dalam kandungan. | UMUM | Umum |
DATARAN HAKIS | Dataran hakis, suatu ketika merupakan kawasan berbukit dan bergunung-ganang tetapi kini hampir menjadi rata akibat hakisan. Dataran hakis terbentuk di kawasan beriklim lembap. | UMUM | |
|
Tesaurus |
---|
| ketika (kata nama) | Bersinonim dengan waktu, masa, jam, saat, tatkala, zaman, abad, kurun, kala, dewasa, tempoh;, | | Kata Terbitan : seketika, berketika, |
|
Puisi |
---|
|
Asam pauh asam pulasan, Ketika bambangan balu; Meskipun jauh berkirim pesan, Pesan jangan dibuang lalu.
Lihat selanjutnya... |
|