Nash, John (17521835) ialah arkitek dan pereka landskap Inggeris. Di bawah naungan Putera Wales, yang kemudian menjadi Raja George IV, Nash merubah semula pelan Taman Regent di kawasan London menjadi sebuah taman landskap yang luas. Taman ini dibahagikan oleh jalan-jalan yang besar dan disempadani oleh vila di setiap bahagian tepinya. Regent Street, Waterloo Place dan Carlton House Terrace disiapkan antara tahun 1810 hingga tahun 1830. Tetapi rekaannya yang selebihnya ditinggalkan kerana masalah kos. Nash lahir di London. Dia turut mengendalikan beberapa buah projek lain termasuklah Buckingham House (kini Istana Buckingham), Marble Arch dan Brighton Pavillion. |