Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PERANG REBUT TAKHTA | Perang rebut takhta. Perang yang berpunca daripada pertikaian terhadap siapa yang harus menaiki (mewarisi) takhta dikenali sebagai perang rebut takhta . Empat perbalahan penting yang berlaku dalam sejarah Eropah yang dikenali dengan nama tersebut, iaitu Perang Rebut Takhta Sepanyol, Perang Rebut Takhta Poland, Perang Rebut Takhta Austria, dan Perang Rebut Takhta Bavaria . | UMUM | |
NORRIS, FRANK | Norris, Frank (18701902), novelis dan wartawan Amerika dan pemimpin gerakan alamiah. Norris percaya bahawa sesebuah novel harus berfungsi untuk tujuan moral. Novel dengan tujuan, jelasnya, menarik perhatian orang ramai tentang tragedi dan kepiluan orang lain dan membuktikan bahawa ketidakadilan, jenayah, dan ketidaksamaan hak memang wujud. | UMUM | |
NASIONALISME | Nasionalisme ialah perasaan kekitaan rakyat sebagai sebuah bangsa. Nasionalisme termasuk perasaan setia kepada bangsa dan bangga dengan kebudayaan dan sejarahnya. Dalam politik, nasionalisme dikaitkan dengan kepercayaan bahawa kerajaan harus dibentuk berdasarkan sekumpulan rakyat yang dipanggil bangsa. Para nasionalis secara umumnya percaya bahawa setiap kumpulan yang menggelarkan diri mereka sebuah bangsa harus mempunyai sebuah negara. Parti- parti politik nasionalis atau kebangsaan secara umumnya menekankan hak kebangsaan mereka untuk merdeka iaitu hak untuk menentukan kehidupan sendiri. | UMUM | |
ATAKSIA | Ataksia ialah ketiadaan koordinasi pada otot. Ketiadaan ini merupakan simptom kerosakan pada bahagian sistem saraf pusat. Ataksia lokomotor melibatkan ketiadaan imbangan atau keseimbangan. Penghidap ataksia lokomotor harus berdiri di tapak yang lebar dengan mata terbuka. Jika tidak berbuat demikian, dia akan bergoyang-goyang malah akan rebah. Goyangan itu akan bertambah kuat jika dia memejamkan matanya. | UMUM | |
KONGRES BERLIN | Kongres Berlin ialah pertemuan para pemimpin negara-negara penting Eropah pada tahun 1878 untuk memutuskan apa yang harus dibuat terhadap kawasan Balkan yang dikuasai oleh Empayar Uthmaniyyah, yang berpangkalan di Turki. | UMUM | |
SESSIONS, ROGER | Sessions, Roger (18961985) ialah penggubah dan guru Amerika. Gubahannya begitu cermat, serius dan intelektual. Sessions menulis dalam teknik 12 nada moden, tetapi dia percaya bahawa seseorang penggubah tidak harus terbatas kepada satu sistem muzik tertentu sahaja. Sessions mengarang muzik untuk orkestra, kumpulan muzik kamar, korus, suara solo, organ dan juga piano. Dia juga menggubah dua opera. Karyanya yang paling popular ialah muzik orkestra The Black Maskers (1923). Sessions pernah memenangi Hadiah Pulitzer bagi bidang muzik pada tahun 1982 untuk karyanya Concerto for Orchestra (1981). | UMUM | |
KADAR PENGGANTIAN SUT | Kadar penggantian sut ialah jumlah kuantiti sesuatu barang yang harus dilepaskan untuk memperoleh tambahan satu unit barang lain tanpa mengubah tahap kepuasan yang diperoleh pengguna. | EKONOMI DAN PENGURUSAN | Konsep |
ANABAPTIS | Anabaptis merupakan bentuk sayap radikal Reformasi tahun 1500-an. Mereka percaya bahawa gereja merupakan perkumpulan manusia yang disatukan oleh kepercayaan, penyesalan, ketaatan, dan disiplin. Oleh itu, pembaptisan sebagai pembukaan kepada komuniti ini harus dibataskan kepada pengikut yang sudah cukup matang untuk memilih menjadi ahli. Orang menamakan mereka anabaptis ( pembaptis semula ) kerana mereka membaptis orang dewasa yang telah dibaptis semasa bayi. Anabaptis mengutuk penglibatan kerajaan dalam agama, yang akhirnya mencetuskan idea pemisahan gereja dan negeri. | UMUM | |
WARNA SUASANA | WARNA SUASANA, kumpulan puisi karya Masuri S.N. Kumpulan puisi yang mengandungi 91 buah puisi ini diterbitkan pada tahun 1962 oleh Oxford University Press, Kuala Lumpur. Melalui Warna Suasana, Masuri S.N. memberikan kesan seorang penyair yang gelisah dan kurang gembira, keluhannya terhadap kesementaraan dan kepalsuan hidup, dan keharuannya terhadap penderitaan manusia. Di samping itu terlihat juga kesedarannya yang kuat tentang tugas dirinya sebagai seorang penyair di mana dia harus berwatak jelas dan berotak waras, dan untuk menyampaikan amanatnya dia harus menerima apa sahaja penghinaan yang datang. Ini dapat dilihat dalam puisi Sebagai Penyair. | SASTERA | Konsep |
ADAT PERKAHWINAN SUNDA | ADAT PERKAHWINAN SUNDA, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Sunda di Jawa Barat, Indonesia. Orang Sunda menganggap perkahwinan adalah sesuatu yang kudus dan harus membawa kebahagiaan kepada pasangan berkenaan. Dalam budaya mereka terdapat satu ungkapan yang berbunyi geus meujeuhan bemen-bemen jeung kurena yang menegaskan peri pentingnya seseorang yang sudah akil baligh dan mempunyai pelajaran untuk berkahwin.
| BUDAYA | Konsep |
|
Tesaurus |
---|
| harus (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,
2. Dalam konteks hukum Islam bersinonim dengan jaiz, mubah,
| Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat.
Lihat selanjutnya... |
|