Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
PENJODOH BILANGAN | kata yang hadir di antara kata bilangan dengan kata nama dalam sesuatu frasa nama. | BAHASA | Konsep |
DEPOSISI | Deposisi keterangan daripada saksi yang tidak dapat hadir ke mahkamah. Saksi memberi keterangan bukti dengan bersumpah di hadapan pegawai kehakiman. Saksi tidak hadir di mahkamah kerana saksi sebenarnya tidak dapat hadir ataupun kedua-dua belah pihak telah bersetuju saksi tidak perlu hadir di mahkamah. | UMUM | |
SAMAN | Saman ialah perintah yang dihantar oleh seorang pegawai mahkamah. Saman memberitahu orang yang namanya tercatat dalam dokumen tersebut bahawa satu aduan telah dibuat, dan orang berkenaan mesti datang ke mahkamah untuk memberi keterangan. Surat saman mungkin digunakan untuk kesalahan jalan raya atau kesalahan kecil yang lain tanpa perlu dibuat tangkapan. Sekiranya orang yang disaman tidak hadir di mahkamah, maka mahkamah boleh memerintahkan orang tersebut ditangkap. | UMUM | |
PERSIDANGAN POTSDAM | Persidangan Potsdam ialah perjumpaan terakhir di kalangan pemimpin Kesatuan Soviet, United Kingdom dan Amerika Syarikat semasa Perang Dunia II (19391945). Persidangan tersebut diadakan di Potsdam, berhampiran Berlin, Jerman. Ia bermula pada 17 Julai 1945, kira-kira dua bulan selepas kekalahan pihak Jerman dalam peperangan tersebut. Turut hadir di majlis pembukaan itu ialah Presiden Amerika Syarikat, Harry S. Truman, Perdana Menteri Britain, Winston Churchill, dan Perdana Menteri Kesatuan Soviet, Joseph Stalin. Clement Attlee menggantikan Winston Churchill sebagai perdana menteri pada 26 Julai 1945, dan mewakili United Kingdom dalam persidangan seterusnya yang berakhir pada 2 Ogos 1945. | UMUM | |
SANGKURIANG | SANGKURIANG, legenda Sunda. Dalam bahasa Sunda disebut dogeng sasakala. Pada umumnya cerita dongeng ini mempertemukan dua gejala alam yang hadir di suatu tempat, iaitu gunung dan air (danau atau lubuk). | SASTERA | Peristiwa |
SEPINA | Sepina ialah perintah undang-undang bertulis atau writ , untuk hadir sebagai saksi dan memberi testimoni di dalam mahkamah. Perkataan tersebut berasal daripada dua perkataan Latin, iaitu sub , yang bermakna di bawah , dan peona yang bermakna denda atau penalti . Seseorang yang menerima sepina hendaklah mematuhinya, dengan pengertian dia akan menerima penalti kerana penghinaan mahkamah. Ayat dalam bahasa Latin yang berbunyi The subpoena duces tecum (bermakna membawa bersama-sama anda dengan penalti ) menghendaki seseorang itu membawa ke mahkamah barang-barang tertentu seperti kertas, buku, rekod kewangan, atau dokumen yang lain. Lihat juga Saksi . | UMUM | |
PEPERMAS | PEPERMAS, organisasi ekonomi orang Melayu. PEPERMAS ialah singkatan Pusat Perekonomian Melayu Semalaya. Pertubuhan ini dibentuk pada 23 Mac 1947 dalam kongres yang dianjurkan oleh Majlis Tertinggi Agama (MATA). Kongres ini berlangsung dari 22 hingga 24 Mac 1947 di Maahad el-Ehya Assharif, Gunung Semanggul, Perak. Seramai 2000 orang hadir dalam kongres tersebut. Mereka terdiri daripada cendekiawan Islam, ulama dan usahawan. Turut hadir ialah perwakilan dari Singapura dan beberapa wilayah Sumatera. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN | Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? 20 H./ ? 641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh sebab itu dia segera memeluk Islam dan merupakan antara enam orang terawal menemui Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada Baginda. Dia juga hadir dalam dua Baiah, iaitu Baiah Aqabah I dan Baiah Aqabah II serta dilantik sebagai salah seorang naqib. | UMUM | |
PERSIDANGAN AFRO-ASIA | PERSIDANGAN AFRO-ASIA, persidangan pertama negara-negara Asia dan Afrika. Persidangan ini diadakan di Bandung, Indonesia pada 18 hingga 24 April 1955. Sebanyak 29 buah negara Asia dan Afrika mewakili persidangan ini, Asia diwakili oleh Afghanistan, Arab Saudi, Burma, Kemboja, Ceylon, China, India, Indonesia, Iran, Jepun, Jordan, Laos, Lebanon, Nepal, Pakistan, Filipina, Syria, Thailand, Turki, Vietnam Utara, Vietnam Selatan dan Yaman. Negara-negara Afrika yang hadir ialah Ethiopia, Gold Coast, Liberia, Libya, Mesir dan Sudan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
|
Tesaurus |
---|
| hadir (kata kerja) | 1. Bersinonim dengan wujud: berada, muncul, terbit,
2. Bersinonim dengan datang: menyertai, mengikuti, menunjukkan diri, memperlihatkan diri, turut serta, mengambil bahagian,
| Kata Terbitan : menghadiri, menghadirkan, kehadiran, hadirin, |
|
|