Kata |
Takrif |
Sumber |
campur tangan | a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
bonceng | (boncéng)Jk; tukang ~ orang yg turut serta makan (menumpang dll) dgn tidak mengeluarkan wang;membonceng 1. menumpang naik motosikal (basikal dsb): bolehkah saya ~ pulang? 2. turut serta makan (bersuka-suka dll) dgn tidak mengeluarkan belanja dll: banyak yg ~ hasil perjuangan orang lain;memboncengkan menyuruh (memberi) menumpang; terbonceng diboncengkan, disertakan (dgn tidak sengaja); boncengan tempat utk membonceng, tempat menaruh barang (di basikal dsb);pembonceng orang yg membonceng. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
ikut | 1. turut serta, turut sama, bersama-sama: kalau diundang pun dia tidak akan ~ hadir; dia tidak percaya adiknya telah ~ melakukan kejahatan itu; 2. bp dengan (kenderaan): awak nak ke sana pergi ~ apa? ~ angin = ~ arus mengikut pendapat orang ramai; ~ banyak (Eko) (bkn upah) dihitung menurut banyaknya hasil yg diperolehi; ~ masa (Eko) (bkn upah) dihitung menurut lamanya bekerja; ~ suka ikut kehendak sendiri; ~ telunjuk mengikut segala perintah orang (tidak berani membantah); ~ hati mati, ~ rasa binasa, ~ mata leta prb orang yg mengikut hawa nafsu akhirnya akan binasa; ~ hukum memiat daging, sakit di awak sakitlah di orang prb hendaklah berlaku adil apabila menjalankan sesuatu perintah; ikut-ikut 1. mencontohi (perbuatan orang dll), meniru; 2. turut campur; ikut-ikutan mengikut-ikut (fikiran, perbuatan, dll) orang lain, tidak mempunyai pendirian sendiri: seni lahir drpd jiwa raga sendiri dan bukan drpd ~ atau tiru-tiruan; berikut 1. berserta, beriring: kebebasan mestilah digunakan dgn berhemat-hemat dan tidak ~ dgn niat jahat; 2. yg tersebut di bawah ini, (yg) datang selepas ini, seterusnya: buku-buku yg mustahak dibeli segera adalah spt ~; sambungan cerita tersebut akan disiarkan dlm majalah ini keluaran yg ~; 3. bersama dgn: meja itu dijual ~ kerusinya; berikut-ikut berturut-turut, yg satu selepas yg lain: mereka bersaing-saing, ~ dan berdahulu kemudian; berikutan ekoran drpd, akibat drpd, kemudian dr, sesudah: ~ itu ia meneruskan pengembaraannya; rombongan itu dikirim ke mari ~ pertemuan Perdana Menteri dgn Presiden Johnson; kota itu menjadi sunyi sepi ~ mogok; mengikut 1. pergi bersama-sama dgn, menurut, mengiring, menyertai (di belakang): budak itu ~ ayahnya ke hutan memikat burung; ramai budak yg ~ perarakan itu; 2. meniru, mencontohi: kanak-kanak biasanya mudah ~ kelakuan ibu bapanya; tahun ini ramai orang kampung yg ~ Amin menanam padi dua kali setahun; 3. mematuhi (perintah, nasihat, dll), menganut (ajaran, faham): dgn mudah, kedua-dua orang itu ~ perintah saya; sebahagian besar penduduk negeri itu ~ Mazhab Syafii; 4. melalui (jalan dll): orang kampung itu pergi ke bandar terpaksa ~ sungai dgn menggunakan perahu; dia sampai dahulu kerana dia ~ jalan yg dekat; 5. menurut, sesuai dgn, selaras dgn: contoh jentera yg dibuat ~ skala 1 inci; ~ teori Darwin, manusia itu berasal drpd beruk; suaranya keluar teratur ~ irama muzik; ~ hati menurut kehendak hati; ~ jejak meniru perbuatan orang yg dahulu; ~ telunjuk mematuhi, ikut telunjuk; bagai tekukur ~ kata prb anak angkat yg mengikut kata (dapat diperlakukan sesuka hati oleh ibu atau bapa angkat); mengikut-ikut meniru-niru: negara-negara ini mengejar kepentingan kebangsaan masing-masing yg ~ kepentingan orang lain; mengikuti 1. turut di belakang orang, menurut apa yg telah terjadi atau ada: ia ~ aku keluar; sidang di Pulau Pinang tahun 1960 diikuti oleh sidang di KL tahun 1961; 2. turut sbg yg telah dilakukan orang, mencontohi apa yg dibuat orang sebelumnya: inilah jalan yg diikuti oleh umat Islam; 3. turut hadir (dlm pelajaran, kursus, kuliah, latihan, dll): dia pernah ~ kuliah Hamka mengenai tasawuf; 4. memerhatikan (mendengarkan, membaca, melihat, dll) dgn bersungguh-sungguh: telah lama aku ~ perkembangan politik negeri ini; dgn matanya, dia ~ suaminya meninggalkan rumah; mengikutkan, memperikutkan menjadikan berikut, menyertakan, menyaingkan; memperikut ark mengejar, mengikut: orang-orang Siam itu diperikut oleh Bendahara Paduka Raja sampai ke Singapura; terikut-ikut mengikut (sesuatu) dgn tidak begitu disedari (kerana terlalu terpengaruh olehnya dll): terdapat juga penutur-penutur bahasa Melayu yg ~ dgn struktur tatabahasa lain; ikutan 1. contoh, teladan: kerajinannya bekerja menjadi ~ kpd pegawai-pegawai di pejabatnya; 2. sesuatu yg diikuti: segala perbuatan guru agama itu menjadi ~ penduduk kampung; 3. yg mengikut; pengikut 1. penganut: ~ agama Buddha tidak berapa ramai di negeri ini; 2. pengiring, peserta: beberapa orang ~nya mati tertembak. | Kamus Dewan Edisi Keempat |
campur | ; kira-kira ~ kira-kira menjumlahkan sesuatu angka dgn angka-angka lain supaya menjadi lebih banyak (spt 5 + 5 = 10; 3 + 3 + 2 = 8). ~ tangan a. turut serta dlm urusan orang lain. b. turut serta melakukan sesuatu. bercampur 1 bergaul menjadi satu; berbaur: Ubat ini sudah ~ dgn air. Minyak dgn air tidak akan ~. 2 berkenalan dan berbaik-baik; bergaul: Beliau tidak suka ~ dgn jiran-jirannya. mencampur membuat kira-kira campur. mencampuri 1 bercampur dgn: Tidak mungkin minyak dpt ~ air. 2 turut memasuki hal orang lain: Itu urusan mereka, tidak usah kita ~nya. 3 bergaul atau menggabungkan diri dgn: Jangan sekali-kali ~ orang jahat. mencampurkan 1 menambahkan sesuatu pd sesuatu yg lain supaya bercampur: Kalau minum teh, saya suka ~ air limau sedikit. 2 mengumpulkan atau menyatukan (dua tiga jenis dll) supaya bercampur: Kerana kekurangan beras, mereka terpaksa ~ beras dgn jagung ketika bertanak. 3 mengira berapa jumlah besarnya (ttg angka yg ditambahkan kpd angka-angka lain); menjumlahkan: Si Ali sedang sibuk ~ markah yg diperolehnya dlm peperiksaan yg telah diadakan itu. campuran 1 sesuatu yg sudah bercampur. 2 benda-benda yg dicampurkan. percampuran 1 keadaan bercampur. 2 perbuatan atau hal bercampur dgn orang lain; pergaulan. pencampuran perbuatan atau hal mencampurkan. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
turut serta | bersama-sama mengikuti (melibatkan diri dalam, melakukan, dll) sesuatu | Kamus Dewan Edisi Keempat |
bersara | turut serta (dlm sesuatu per-kongsian dll). | Kamus Dewan Edisi Keempat |
masuk campur | turut serta dlm sesuatu hal. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
menemani | 1. turut serta, mengawani, mengiringi, menyertai: dia senang melihat kawannya ~nya duduk di situ; malam itu Ramlan ~ Swee Meng pergi memanggil bidan; 2. ki menjadikan sbg pemakan (nasi dll), melawankan: sayur pucuk ubi ditemani oleh sambal belacan dan ikan goreng; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
mengambil bahagian | turut serta, menyertai; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menghadiri | datang dan turut serta dlm mesyuarat, persidangan dll; mengunjungi majlis dsb; mengikuti; menyertai: Lebih seratus orang peserta dr negara-negara Asia Tenggara, Australia dan New Zealand telah ~ seminar antarabangsa tsb. Banyak sahabat handai yg telah ~ majlis perkahwinan itu. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
Kata |
Takrif |
Sumber |
chasel | n 1. pursuit, pengejaran, pemburuan, mengejar, memburu: the villagers joined in the ~, penduduk kampung turut serta dlm pengejaran itu; after a long ~ the thief was captured, selepas lama memburu, pencuri itu dapat ditangkap; give ~ (to), mengejar, memburu: police gave ~ to the speeding car, polis mengejar kereta yg laju itu; 2. hunting, perburuan, berburu: they enjoyed the ~ more than the kill, mereka lebih seronok berburu drpd mendapat hasil buruan; 3. animal pursued, buruan; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
fray1 | n 1. noisy quarrel, pergaduhan: when the Swedes and the Poles drinking in the bar started fighting, he readily joined in the ~, apabila orang Sweden dan Poland yg minum di bar itu mulai bergaduh, tanpa berlengah-lengah dia turut serta dlm pergaduhan itu; 2. exciting action, pertempuran, bertempur: she went to the department meeting ready for the ~, dia pergi ke mesyuarat jabatan bersedia utk bertempur. | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
join | ~ in, approp v + /bersama-sama, sama/; (fml) ikut serta, turut sama: were playing Monopoly; why dont you join in?, kami sedang main Monopoli; marilah main bersama-sama; the food looks delicious; may we ~ in?,sedap nampaknya makanan itu; boleh kami makan sama?; ~ in st, bersama-sama; (fml) ikut serta, turut sama: many people in the audience started to ~ in the singing, ramai penonton yg mula bernyanyi bersama-sama or turut sama bernyanyi; he refused to ~ in the discussion, dia enggan ikut serta dlm perbincangan itu; ~ so. in st, approp v + (sst) /bersama(-sama), dgn/ sso: do ~ us in a walk, mari bersiar-siar bersama kami; will you ~ me in a game of chess?, saudara hendak bermain catur dgn saya?; | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
join | 3. associate with (so. in st) bersama-sama, ikut serta, turut sama; (meet so. as companion) bersama-sama: he invited us to ~ his party at the theatre, dia mempelawa kami utk bersama-sama or turut sama dlm kumpulannya di panggung itu; the children were not allowed to ~ the procession, kanak-kanak itu tdk dibenarkan ikut serta dlm perarakan tersebut; Ill ~ you as soon as I can, saya akan bersama-sama kamu secepat mungkin; 4. become member of, a. (the army, navy, etc) masuk: he has ~ed the army, dia telah masuk tentera; b. (club, political party, etc) menjadi ahli, masuk: he decided to ~ the UMNO, dia mengambil | Kamus Inggeris-Melayu Dewan |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
succession politics | politik penggantian | Sains Politik | Politik Perbandingan | Amalan politik yang cenderung kepada pertukaran pemerintah dan tidak gemar kepada pengekalan sesuatu rejim atau pemimpin. Politik penggantian ini memberi ruang kepada calon pemimpin bertanding atau turut serta dalam pemilihan dan rakyatnya pula bebas untuk memilih pemimpin baru. Contohnya, politik India era pasca-Gandhi dan Indonesia pasca-Soeharto telah menunjukkan sifat politik penggantian yang jelas apabila pemimpinnya sering bertukar ganti. |
empathy | empati | Kesusasteraan | Puisi | Pembaca turut mengalami serta menghayati perasaan dan pemikiran yang diungkapkan oleh penyair dalam puisinya. |
political ideology | ideologi politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Fahaman atau pegangan sesuatu kelompok berasaskan satu sistem pemikiran yang tersusun bagi membina kehidupan yang sejahtera. Fahaman ini mempunyai satu matlamat yang unggul dan kaedah yang terperinci untuk mencapai matlamat tersebut. Ideologi ini mempengaruhi budaya, sistem politik, ekonomi dan pendidikan masyarakat serta turut melahirkan berbagai-bagai program dan perancangan untuk mencapai sesuatu matlamat. Konsep ideologi berasal daripada dua gabungan istilah iaitu idea dan logik atau idea yang logik. Contohnya, demokrasi, sosialisme, komunisme, fasisme dan konservatisme. Sinonim ideologi. |
narrator witness | pengisah saksi | Kesusasteraan | Tiada | Pengisah (pengarang) yang menjadi salah seorang watak dalam kisah atau peristiwa yang diceritakan dalam sesebuah karya. Sebagai seorang watak, pengisah turut terlibat serta menyaksikan segala kisah atau kejadian yang berlaku seperti yang digambarkan dalam karya tersebut. |
whole-of-society effort | usaha menyeluruh masyarakat | Umum | Tiada | Usaha mengoptimumkan seluruh tenaga kerja kesihatan dan peranan barisan hadapan yang bertindak di lapangan serta peranan seluruh rakyat Malaysia yang turut sama membantu memutuskan rantaian COVID-19. |
Dangerous Drug Act 1952 | Akta Dadah Berbahaya 1952 | Herba | Peraturan dan Pemasaran | Akta yang memperuntukkan pengawalseliaan pengimportan, pengeksportan, pengilangan, penjualan, dan penggunaan opium serta beberapa ubat atau bahan berbahaya yang lain. Akta ini turut membuat peruntukan khas berhubung dengan bidang kuasa mahkamah. |
cylinder head | kepala silinder | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian yang diletakkan di atas blok silinder dan melitupi gerek silinder serta omboh untuk membentuk kebuk pembakaran Bahagian ini juga dilengkapi sistem pengambilan, sistem ekzos dan perumah palam pencucuh. Kepala silinder juga mempunyai jaket air atau sirip pendingin untuk menyejukkannya. Bagi enjin empat lejang, kepala silinder turut dilengkapi jaket minyak untuk pelinciran rangkaian injap dan menjadi perumah rangkaian injap. |
labour movement | pergerakan buruh | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pertubuhan sukarela yang dibentuk oleh golongan buruh bagi memelihara kepentingan mereka khususnya berhubung dengan upah, kebajikan, tempat kerja yang baik serta layanan yang mesra. Pergerakan ini sering membuat tuntutan sama ada kepada majikan mahupun kepada kerajaan, bergantung kepada isu yang dibawa. Pertubuhan yang mantap ini lama-kelamaan telah membuatkan mereka turut peka kepada masalah sosial, ekonomi dan politik negara. Mereka kemudiannya bersifat responsif terhadap perkembangan ekonomi dan politik tanah air dengan menyatakan pendirian mereka atau menuntut kerajaan melakukan sesuatu menurut cadangan mereka. Dalam negara tertentu seperti di India, Amerika Latin dan United Kingdom, pendirian mereka telah terikat dengan ideologi tertentu yang menjadikannya sangat rapat dengan parti politik atau pemerintah. Contoh pergerakan buruh yang aktif di Malaysia ialah CUEPACS dan MTDC. |
cosmopolitan writing | penulisan kosmopolitan | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk penulisan yang memberi penekanan kepada isu, tema global, dan sejagat. Bentuk penulisan ini merangkumi bidang politik dan sosial. Gaya penulisan, corak dan penggunaan bahasa juga sesuai dengan bidang tersebut. Apabila berakhirnya zaman kolonial, muncul pula negara yang dikenali sebagai Dunia Ketiga. Imigrasi dan transmigrasi kaum berlaku dari negara ini ke negara maju yang biasanya bekas kuasa imperialis seperti Great Britain, Amerika Syarikat dan Perancis. Gordon Lewis menamakan fenomena diaspora sebegini sebagai kolonialisme terbalik. Isu berkaitan dengan individu turut mendapat perhatian, seperti isu pengalaman peribadi sebagai kaum pendatang. Konsep negara bangsa dan semangat nasionalisme juga mendapat perhatian dalam penulisan ini. Dengan perpindahan manusia, sempadan dunia menjadi kabur dan gaya hidup seharian masyarakat lebih bersifat global. Justeru, penulisan kosmopolitan memaparkan masyarakat atau individu sebagai suatu perwakilan global. Mitos, cerita ibarat dan cerita haiwan yang biasanya berbentuk analogi, sejajar serta sejagat merupakan suatu ciri yang ketara dalam penulisan kosmopolitan. Penulisan ini turut memaparkan isu masyarakat pendatang dan kesulitan yang dihadapi mereka untuk menyesuaikan diri dalam suatu budaya dan tempat asing. Contohnya, karya Colin MacInnes berjudul City of Spades (1957). Karya ini membicarakan persoalan remaja dan budaya pendatang kulit hitam di London. Antara penulis kosmopolitan Inggeris yang terkenal termasuklah Isabel Allende, bharati Mukherjee, Derek Walcott, Mario Vargas Llosa dan Gabriel Garcia Marquez. Istilah cosmopolitan berasal daripada gabungan bahasa Yunani kosmos bermaksud dunia atau alam semesta dan politicos bermaksud rakyat. |
fringe theatre | teater pinggiran | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang dipersembahkan di luar pusat utama pementasan teater. Contoh pusat utama ialah Broadway (New York), West End (London), Taman Ismail Marzuki (Jakarta), dan Istana Budaya (Kuala Lumpur). Pada mulanya, pementasan teater pinggiran adalah untuk memerikan drama yang dipentaskan di kawasan pinggiran dan bercirikan avante-garde serta antigolongan berkuasa pada tahun 1950-an. Kini, teater ini tidak lagi terhad kepada tema di atas, tetapi turut mempersembahkan drama arus perdana yang boleh diterima umum. Lihat juga grada depan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
jabai I | ikut; 1 turut serta, bersama-sama; 2 bp dgn (bkn kenderaan): ~ bas ikut bas; ~ aruih ikut arus. | Melanau Mukah | |
sama I | sama; 1 tidak berbeza atau berlainan (rupa, keadaan, dll), serupa: kasut siyen ~ jegem kasutkou kasut dia sama dgn kasutku; 2 (turut) serta, bersaing dgn orang lain melakukan sst: ~ lau kenasusou sama hari lahir; 3 yg setanding (setaraf dsb) dgn, seimbang | Melanau Mukah | |
jegahak | turut; 1 pergi bersama: ~ tamasiyen tuad mapun guwun turut ayahnya pergi ke hutan; 2 bersama-sama melakukan, ditimpa, dll, tidak terkecuali drpd, ikut serta: a lai yen tenaban sana ~ a keman dada lelaki itu tertangkap bersama penagih dadah. | Melanau Mukah | |
Bahasa Suku Kaum |
Takrif |
Contoh Ayat |
Rujukan |
Sumber |
indu Ib | wanita; perempuan; betina (binatang); induk. | Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
gar Ib | kiasan bagi orang yang menjadi harapan untuk memperoleh panduan kerana kemahiran dan kepimpinannya. | Kalaulah ramai perempuan di rumah panjang hendak turut serta menenun indu nakar atau indu gar akan dipilih daripada perempuan yang berkedudukan tinggi dalam masyarakat. Perempuan itu mempunyai tangkal untuk melakukan kerja nakar ini. | Novel Senggalang Burung | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
melokan MSr | mencari lokan. | Sejak Ipin dan Juak mengajaknya melokan di Sungai Bayor beberapa hari yang lalu, keinginannya untuk turut serta meronta-ronta. Lalu persetujuan antara dia dan Ipin serta Juak pun termeterai. | Antologi Cerpen Meminggir Angin | Glosari Leksikal Bahasa Sukuan |
Kamus Sains.indb BIO, UBAT) Acarina (Acarina) Order terbesar daripada kelas Arachnida, termasuk hama dan sengkenit. Hai- wan daripada order ini biasanya mempunyai tubuh yang amat kecil dan bulat dan abdomen yang pendek serta tidak bersegmen. Kebanyakan spesies dari- pada order ini merupakan parasit dan perosak tanaman. (BIO, UBAT) accelerated flow (aliran terpecut) Aliran yang halajunya bertambah mengikut arah dalam hidraulik alur. (HID) accelerated test (ujian penerimaan) Ujian yang dilakukan oleh pelanggan terhadap perkhidmatan atau sistem kom- puter yang baru diperoleh. Ujian penerimaan dilakukan setelah sistem berada di tempat kerja pelanggan dan siap dipasang serta diuji oleh pembekal. Ujian ini bertujuan untuk memastikan sistem tersebut memenuhi semua keperluan dan jangkaan pengguna seperti yang tercatat dalam perjanjian pembekalan. (KOM) acceptor stem (batang penerima) Cabang molekul tRNA
|
Kamus Teknologi Maklumat ct.indd 11 4:01:21 PM ix KATA PENGANTAR Projek penyusunan kamus istilah adalah satu usaha yang sangat rapat kaitannya dengan usaha peristilahan. Usaha ini memerlukan kepakaran yang tinggi, ketekunan, iltizam serta komitmen yang bersepadu daripada pelbagai pihak yang terlibat. Walau bagaimanapun, kerjasama yang diperoleh daripada pakar bidang begitu menggalakkan. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini merupakan kesinambungan daripada Siri Penerbitan yang berkaliber dalam bidang ini. Penerbitan Kamus Teknologi Maklumat: Keselamatan Komputer ini diharapkan dapat memenuhi keperluan para pengguna khususnya pelajar institusi pengajian tinggi, pensyarah, para pengamal dalam bidang Teknologi Maklumat serta pengguna umum yang lain. Pada kesempatan ini, saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan terima kasih kepada para penyusunnya. Mereka terdiri daripada Prof. Madya Dr. Mazani Manaf (UiTM), Dr. Omar
|
Kamus Thai 2.indb dadah. ปฏิทิน [patitin] น kalendar, takwim ปฏิบัติ [patibat] ก mengamalkan, mempraktikkan: เราต ้ องปฏิบัติสิ่ งที่ ชอบ และห ่ างไกลจากสิ่ งชั่ วร ้ าย Kita mesti menga- malkan perkara yang baik serta men- jauhkan diri daripada yang keji. ปฏิบัติการ [-ka:n] น operasi: ในการ ปฏิบัติการนั้ นตำรวจได ้ จับผู ้ ต ้ องสงสัยไว ้ หลาย คน Dalam operasi itu polis telah mem- berkas membelai kasih: หนุ ่ มสาวหลายคู ่ พลอดรักกันที่ สวนลุม พินี Beberapa pasangan teruna dan dara membelai kasih di Taman Lumphini. พลอย 1 [pl:y] น permata พลอย 2 [pl:y] ก turut, tum pang: เมื่อลูกประสบความสำเร็จพ ่ อแม ่ ก็พลอย ยินดีไปด ้ วย Apabila anak mencapai ke- jayaan, ibu bapa pun turut gembira. พล ่ อย [pl:y] ว bacar: ปากพล ่ อย
|
Kamus Thai 2.indb ง sarang lebah ร ่ วง [rua] ก luruh, gugur: ดอกไม ้ ร ่ วงลง สู ่ พื้ นดินหลังจากฝนตกหนัก Bunga luruh ke bumi setelah hujan lebat. รวด [ruat] ว berturut-turut: ทีมฟุตบอล ชาติไทยได ้ เป็นแชมป ์ กีฬาซีเกมส ์ ห ้ าครั้ งรวด Pa- sukan bola sepak negara Thai telah menjuarai sukan SEA lima kali bertu- rut-turut. รวดเร็ว [-rew] ว cepat: คุณเสถียร สามารถทำวิทยานิพนธ ์ เสร็จอย ่ างรวดเร็ว Encik Sathian dapat menyiapkan disertasinya dengan cepat. รวน [ruan] ก meragam: เครื่ องยนต ์ รถ ของฉันรวน Enjin kereta saya |
Kamus Thai 2.indb pilih kasih dalam pembahagian hartanya. ฉับ [cap] ว cepat, pantas: เขาก ้ าวฉ ั บ ๆ ไปข ้ างหน ้ า Dia melangkah ke hadapan dengan cepat. ฉับพลัน [-plan] ว serta-merta: รถค ั น ฉลาด ฉ ั บ Kamus Thai 2.indb 122 4/15/2008 11:05:57 AM ฉ 123 น ั ้นหยุดอย ่ างฉ ั บพล ั น Kereta itu berhenti serta-merta. ฉับไว [-wai] ว pantas, cepat: น ั กเรียนคนน ั ้ น คิดเลขได ้ ฉ ั บไว Murid itu dapat mengira dengan pantas. ฉาก [ca:k] น 1 (เครื
|
Kamus Thai 2.indb Idris Penyusun ผู ้ เร ียบเรียง Wae Maji Paramal Dr. Sathian Paenluea Dr. Ruslan Uthai Sahe Abdullah Alyufri Somprach Ammapunt Hamdan Haji Abd Rahman Muhammad Mansor Madroh Sawawee Padaamin Yang Turut Menyumbang ผู ้ ช ่ วยส ื บค ้ นข ้ อม ูลประกอบ Hara Shintaro Md Rais Zainal Abidin Ruslan Abdul Raffar Hassan Man Kamus Thai 2.indb 5 4 pelaksanaanya berlangsung secara tidak rasmi dan ada juga yang bersifat hubungan peribadi. Setelah Memorandum Persefahaman antara DBP dengan PSU ditandatangani pada tanggal 21 Ogos 1995, beberapa kegiatan akademik berbahasa Melayu turut diadakan secara rasmi. Selaku sebuah universiti yang menawarkan program sarjana muda dalam bidang bahasa Melayu dan bidang Pengajian Melayu, kami sentiasa sedar akan kesulitan yang dihadapi oleh pelajar kedua-dua |
|
|