Tajuk |
Sinopsis |
Bidang |
Klasifikasi |
AUKSIN | Auksin ialah nama sekumpulan hormon yang mengawal pertumbuhan tanaman. Putik, embrio, daun muda, dan hujung tangkainya mengeluarkan auksin yang mengawal pertumbuhan organ tumbuhan yang berbeza. | UMUM | |
TEMBIKAI | Tembikai ialah nama buah daripada beberapa jenis tumbuhan yang tergolong dalam famili labu. Tembikai hanya hidup untuk satu musim. Daun dan batangnya berbulu. Batangnya yang menjalar atau memanjat melekatkan dirinya dengan sulur paut pada benda yang dipanjatnya. Sulur paut ialah daun yang diubahsuai yang kelihatan seperti gelang kecil wayar. Tembikai sebenar adalah bulat atau berbentuk seperti telur. Saiz dan teksturnya sangat berbeza-beza. Lebarnya mungkin 30 sentimeter atau lebih dan beratnya dari 1 hingga 4 kilogram. Warna buahnya berbeza-beza daripada samar kesumba dan kuning hingga kepada hijau muda atau hijau gelap. Isinya berair dan berwarna hijau, putih, kuning, jingga, samar, atau merah. | UMUM | |
SIEGFRIED | Siegfried ialah wira legenda kesusasteraan Jerman pada Zaman Pertengahan. Sebagai orang muda, Siegfried memperoleh harta karun Nibelung yang tidak terperi nilainya dan selubung yang boleh menjadikannya halimunan. Dia juga membunuh seekor naga dan mandi dengan darahnya untuk menjadikannya kebal. Walau bagaimanapun, sehelai daun linden terjatuh di bahagian belakangnya, di antara kedua-dua bahu, meninggalkan tanda yang tidak terlindung. | UMUM | |
BUTTERNUT | Butternut atau walnut putih ialah pokok rendang bersaiz sederhana yang tergolong dalam famili walnut. Ia hidup di Timur Amerika Syarikat. Kulit pokok butternut yang berwarna kelabu muda mempunyai alur yang lebar, rata, dan berbentuk potongan wajik. Daunnya mempunyai antara 11 hingga 17 anak daun yang berbulu dan melekit. | UMUM | |
ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS | ADAT PERKAHWINAN MELAYU-COCOS, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Melayu Cocos di Pulau Cocos, Australia. Di kalangan masyarakat ini, anak-anak muda diberi kebebasan mencari pasangan hidup sendiri dan kemudian barulah meminta persetujuan daripada ibu bapanya. Umur bagi anak perempuan berkahwin ialah 17 tahun ke atas dan bagi lelaki 21 tahun atau lebih. Pada masa dulu, pergaulan antara anak-anak muda tidaklah begitu bebas. Kesempatan mencari jodoh ialah pada waktu bulan terang. Anak-anak gadis berkumpul di hadapan rumah mereka meraut lidi daun kelapa untuk dibuat penyapu. Para pemuda mencari peluang untuk berkenalan pada waktu itu dan apabila mencapai persetujuan untuk mendirikan rumah tangga, hal itu disampaikan kepada ibu bapa masing-masing. | BUDAYA | Konsep |
PUSSY WILLOW | Pussy willow juga dikenali sebagai goat willow atau great sallow , ialah pokok renek atau pokok kecil yang tergolong dalam famili willow. Ia tumbuh di hutan lembap di Eropah dan timur laut Asia . Pussy willow tumbuh setinggi kira-kira 10 meter. Kulit kayunya berwarna kelabu pada pokok muda dan berwarna perang dan merekah pada pokok tua. Daunnya berwarna hijau tua di bahagian atas dan di bahagian bawahnya diliputi bulu gebu berwarna kelabu. Daunnya lebih lebar daripada daun lain-lain jenis willow. | UMUM | |
SENDUDUK | SENDUDUK (Malastoma malabathricum daripada famili Melastomataceae), pokok renek, setinggi 1 m hingga 2 m dan sering ditemui di sekitar tanah terbiar atau di pinggir hutan sekunder. Daunnya berbentuk lanseolat, dua urat daun memanjang kiri kanan urat tengah, kesat dan berwarna hijau muda. Bunga pokok senduduk berjambak di hujung ranting dan berwarna merah sama. Isi buah pokok ini berwarna kebiruan dan mengandungi biji-biji yang halus. | BUDAYA | Flora dan Fauna |
|
Tesaurus |
---|
| muda (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung,
ubun-ubun masih lembik, masih berhingus, Berantonim dengan tua
2. Dalam konteks buah bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau, Berantonim dengan tua
3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung, Berantonim dengan lewat
| Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda, |
|
Puisi |
---|
|
Ikat-ikat daun mengkudu, Hilang Melayu bergalang dada; Duduk dekat rasa malu, Hilang malu kerana muda.
Lihat selanjutnya... |
|