Abu Hamid al-Ghazzaliy ialah pemidato Islam. Nama sebenarnya ialah Muhammad ibn Muhammad ibn Muhammad, Abu Hamid al- Ghazzaliy. Dia lahir di Tus. Bapanya meninggal dunia ketika dia masih kanak-kanak. Dia dipelihara beberapa lama oleh seorang sufi yang telah diwasiatkan oleh bapanya. Selepas itu, dia diletakkan di institusi kebajikan untuk tinggal dan belajar di situ. Kemudian, dia pergi ke Naysabur untuk mempelajari ilmu tasawuf dengan Imam al- Faramidi. Di samping itu, dia belajar ilmu fikah dan ilmu kalam dengan Imam al-Haramayn. Kemudian dia menyertai Majlis Diraja di bawah pemerintahan menteri Saljuk tahun 478 H. (1085 M.), dan kekal di situ selama enam tahun. Kemudian dia dipilih oleh menteri menjadi ustaz di Baghdad. Dia mengajar di situ selama empat tahun (484 H.488 H.). Ketika tempoh tersebut dia mengalami keraguan tentang ilmu falsafah dan telah mengarang dua buah buku yang berjudul: Maqasid al-Falasifah , yang mengemukakan falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina. Buku kedua berjudul Tahafut al-Falasifah , yang mengkritik tentang falsafah al-Farabiy dan Ibn Sina. Dia telah meninggalkan Baghdad, dan menjalani kehidupan zuhud selama 10 tahun. Kemudian, dia mengajar semula di Naysabur. Selepas tahun 500 H./ 1106 M., dia berhenti mengajar sehinggalah hari kematiannya. |