SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPandai burung terbang terus, Mandi di tunggul kolam Kelang; Biar muatan dikongkong arus, Mana timbul kubawa pulang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Embong pergi ke Jeddah, Terus bertahun hingga raya; Teluk tanjung lagikan berubah, Inikan pula hati manusia. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJalan lurus bersambung tidak, Sambungnya terus ke Delima Batu; Abang jauh bertemu tidak, Adik jauh yang mana satu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina menjual madat, Dari pasar terus ke Bali; Hidup di dunia biar beradat, Kasih tidak dijual beli. |
|
Tesaurus |
---|
| terus | 1. Bersinonim dengan langsung ( lantas, tidak singgah, ) (kata tugas:) Berantonim dengan singgah
2. Bersinonim dengan bergerak ( berjalan) (kata kerja:) Berantonim dengan berhenti
3. Bersinonim dengan tembus ( lantas, langsung, lolos, jurus, ) (adjektif:)
4. Bersinonim dengan segera ( lalu, langsung, lantas, justeru, ) (adverba:)
5. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan terhenti-henti
| Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.
Lihat selanjutnya... |
|