SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiDua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina menanam tebu, Tanam mari bertapak-tapak; Sungguh kecil dahan jambu, Melentur ada patah tidak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPutik pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh di negeri satu, Hilang di mata di hati jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Tuan jauh negeri satu, Hilang di mata di hati jangan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Saya jauh beribu batu, Saya di sini dilupa jangan. |
|
Puisi |
---|
|
Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh.
Lihat selanjutnya... |
|