SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAnak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan ketupat di kecung baru, Lempar kulit di kaki tiang; Dah boleh sahabat baru, Sahabat lama tinggal buang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAda berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBurung perling matanya merah, Hendak memakan tempulur labu; Sahabat menghilang nampak marah, Tersinggung kawan dalam kalbu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTinggi-tinggi matahari, Tinggi meninjau pantai Melaka; Hilang sahabat boleh dicari, Hilang kekasih badan binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Yam duduk di pintu, Sambil menjahit baju kurung; Sahabat diam memang begitu, Macam gunting makan di hujung. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCik Ali anak Cik Hassan, Hendak menggulai kambing jantan; Sahabat baik saya berpesan, Santan mabuk jangan dimakan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSehari-hari pergi berulang, Serbat diisi dalam cawan; Mengenang sahabat jauh di seberang, Lautnya luas memisahkan badan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiEncik Andak menjual kain, Kain sutera dari seberang; Walaupun banyak sahabat yang lain, Manakan sama tuan seorang. |
|
Tesaurus |
---|
| sahabat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut, Berantonim dengan ketua
| Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan, |
|
Puisi |
---|
|
Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu.
Lihat selanjutnya... |
|