SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPermata jatuh atas rumput, Jatuh ke rumput berbilang-bilang; Kalau di mata boleh luput, Dalam hati masakan hilang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTeluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin perak permata baiduri, Selang dengan intan berlian; Kain kasar dalam duri, Takut koyak tarik perlahan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin emas permata nilam, Manis sungguh pakai di jari; Kerana hari pun dah larut malam, Mohon izin mengundur diri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiInginkan hidup permata nilam, Jatuh tersorok batang entimu; Tuan rindu pandang ke bulan, Di dalam bulan kita bertemu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCincin patah cincin permata, Sayang gandaran putus talinya; Makin lawa makin tercinta, Dengar-dengaran bunyi-bunyinya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukannya parang hulu permata, Parang sakti tidak berulu; Bukan sekarang saya berkata, Sudah terjanji dari dahulu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBeribu biji nangkaku, Cincin permata jatuh ke ruang; Kalau rindu sebut namaku, Air mata jangan dibuang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSebentuk cincin dari suasa, Ikat permata bertambah cantik; Sudah tak bersudu oleh angsa, Barulah diberi kepada itik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiRibu-ribu dari angsana, Cincin permata jatuh ke ruang; Dendam rindu sebut namanya, Airlah mata jangan dibuang. |
|
Tesaurus |
---|
| permata (kata nama) | 1. Bersinonim dengan batu permata: manikam, jauhar,
2. Dalam konteks jenis bersinonim dengan akik, berlian, delima, firus, intan, jed, mutiara, nilakandi, nilam, paret, ratna,
topaz, turkois, zamrud.,
|
|
Puisi |
---|
|
Teluk Jong permata wangsa, Dulu tiga Teluk Belati; Dipatuk tedung haram tak bisa, Dijeling janda rasa nak mati.
Lihat selanjutnya... |
|