SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTetak mengkuang umbutnya kayu, Sekali tetak sekali mencandak; Orang perempuan sungguh tak malu, Sekali hendak sekali tak hendak. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBuah durian dibelah dua, Mari kutaruh di dalam upih; Orang perempuan bersanggul dua, Kalau bercakap terlalu lebih. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiOrang merendang si udang galah, Cara masakan oranglah Minang; Orang perempuan selalunya kalah, Orang jantan selalunya menang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tidak hujan di hulu, Bila barang timbul tenggelam; Kalau perempuan janji dahulu, Kenapa saya datang semalam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau tidak hujan di hulu, Bila barang timbul tenggelam; Kalau perempuan janji dahulu, Kenapa saya datang semalam. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSeladang mati di padang, Mati dipanah raja bestari; Kalau ada anak perempuan, Kalau pinang ayahnya tak beri. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTuan belayar menyongsong arus, Dapat bunga tiga sekaki; Kalau tak dapat perempuan kurus, Tidak puas rasanya hati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTerang bulan di balik awan, Bunga timbul kusangka mati; Jangan percaya mulut perempuan, Berani bersumpah takut mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAti-ati kulit manis, Ragi-ragi dalam puan; Laki-laki mulut manis, Pandai pujuk hati perempuan. |
|
Tesaurus |
---|
| perempuan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan wanita: kaum Hawa, kaum ibu, nisa, empuan, awewe, wadon, betina, Berantonim dengan lelaki
2. Bersinonim dengan isteri: bini, orang rumah, suri rumah, paduri, Berantonim dengan suami
| Kata Terbitan : keperempuanan, |
|
Puisi |
---|
|
Buah durian dibelah dua, Mari kutaruh dalam perahu; Orang perempuan bersanggul dua, Mari kucium orang tak tahu.
Lihat selanjutnya... |
|