SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiTebing tinggi pangkalan ikan, Anak Cina menjual telur; Adik di sini rindu tak makan, Abang di sana rindu tak tidur. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiCepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBerangkat dari pangkalan Landeh, Mencari tali pasar Senyawan; Sudah kupandang kedua kasih, Merosak hati menggugur iman. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApi-api pangkalan tarap, Pucuk meluncur dari Labuan; Laki-laki jangan diharap, Bijak memujuk si perempuan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNak mandi di pangkalan mana, Ingat sedikit disambar buaya; Adik nak cari setara mana, Carilah yang serupa saya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHilir derap mudik derap, Singgah pangkalan gaharu; Bini kurap laki pun kurap, Boleh lawan bergaru-garu. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAluk ini aluk belian, Aluk buatan raja Majapahit; Pilu hati melihat pangkalan, Kalau bekas turun naik. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiSerai serumpun di tengah halaman, Tempat murai menjejak kaki; Tinggal kampung tinggal halaman, Tinggal pangkalan tempatku mandi. |
|
Tesaurus |
---|
| pangkal (kata nama) | 1. Dalam konteks bahagian permulaan bersinonim dengan perdu, umbi hulu, tangkai, gagang, popor, Berantonim dengan hujung
2. Bersinonim dengan mula: punca, sebab, penyebab, fasal, asal, usul, sumber, perdu,
| Kata Terbitan : berpangkal, pangkalan, berpangkalan, |
|
Puisi |
---|
|
Cepu-cepu Pangkalan Cina, Cepu kecik beragi-ragi; Kalau dulu abang yang punya, Ini sekarang lain berganti.
Lihat selanjutnya... |
|