SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBukan kuda sebarang kuda, Kuda sudah biasa bermain; Bukan muda sebarang muda, Muda sudah biasa bermain. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiJangan dilurut padi muda, Padi muda dibawa ke barat; Jangan diturut hati muda, Hati muda membawa larat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiHati-hati pinang muda, Pinang muda makan pipit; Sampai hati meninggal saudara, Tidak mengenang barang sedikit. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiNyiur muda jangan lebat, Kalau lebat patahmayang; Orang muda jangan mengebat, Kalau ngebat ditinggal tunang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPisang muda masak pengat, Masak mari bulan puasa; Tuan muda baik beringat, Antara dendam rosak binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPadi muda jangan dilurut, Kalau dilurut patah batangnya; Hati muda jangan diturut, Kalau diturut susah datangnya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKelapa muda rumah Megat, Mari makan bulan puasa; Badan muda biarlah ingat, Sementara belum rosak binasa. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPinang muda atas ragian, Pinang tua beragi-ragi; Kalau muda tahi gigian, Biar tua sekali-kali. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPinang muda sedang dicacak, Cacak sahaja di dalam cawan; Orang muda sedang berkacak, Kacak sahaja belum melawan. |
|
Tesaurus |
---|
| muda (adjektif) | 1. Dalam konteks orang bersinonim dengan belia, masih remaja, masih mentah, budak, masih hijau, setahun jagung,
ubun-ubun masih lembik, masih berhingus, Berantonim dengan tua
2. Dalam konteks buah bersinonim dengan belum masak, belum tua, masih hijau, Berantonim dengan tua
3. Bersinonim dengan masih awal: belum lama, belum menghujung, Berantonim dengan lewat
| Kata Terbitan : kemuda-mudaan, pemuda, |
|
Puisi |
---|
|
Kelapa muda muda juga, Kelapa tua dibuat inti; Suka suka juga, Sembahyang kita jangan dihenti.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 374 All men must die Semua orang pasti mati. Mumbang jatuh, kelapa jatuh I just couldn't believe it when my brother passed away that morning. He was still young.But all men must die. Only God is immortal. Aku tak percaya yang adikku pergi buat selama-lamanya. Dia masih muda. Namun mumbang jatuh, kelapa jatuh. Hanya Tuhan sahaja yang daim. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|