SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPandang-pandang kanan dan kiri, Melintas jalan berkira-kira; Kurang ringgit boleh dicari, Kurang akal habis bicara. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung? |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKurang kapur tambah cendana, Burung punai atas keranji; Kami juga akan bertanya, Menunai akan segala janji. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMinum kopi taruh susu, Kurang manis taruh gula; Kalau ikut hawa nafsu, Kalau tak mati separuh gila. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiMakan pinang ke mari-mari, Kurang kapur tambah cendana; Apa hajat tuan ke mari, Kami juga ingin bertanya. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiKalau mencari buah asam, Biar lebih kurang jangan; Alang-alang menjolok pekasam, Biar sampai ke pangkal lengan. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiBismilah mula dikarang, Syairlah pantun sajanya kurang; Laksana kainlah jarang, Tidak boleh dibagi orang. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiAmbil parang cangkulkan tunggul, Tunggul ada berikat tali; Rakyat kurang senjata tumpul, Rakyat di kota separuh mati. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiApa guna padi hampa, Padi hampa dimakan ulat; Apa kurang kepada hamba, Kapal di laut gedung di darat. |
SumberKurik Kundi Merah SagaPuisiPatah jarum dalam peti, Buat menjahit kain bertimbun; Nasihat sepatah kurang dimengerti, Rupanya penawar beribu tahun. |
|
Tesaurus |
---|
| kurang | 1. Bersinonim dengan belum cukup ( tidak sampai) (kata tugas:) Berantonim dengan lebih cukup
2. Bersinonim dengan potong ( tolak, diskaun, ) (kata kerja:)
3. Bersinonim dengan tidak berapa ( tidak begitu, tidak cukup, ) (kata tugas:)
4. Bersinonim dengan cacat ( cela) (adjektif:) Berantonim dengan sempurna
| Kata Terbitan : kurang-kurang, sekurang-kurangnya, berkurang, berkurangan, mengurang, mengurangi, mengurangkan, memperkurang, kekurangan, pengurangan, |
|
Puisi |
---|
|
Kurang bulat sembayan sakar, Akan membubur si kacang gadung; Tanah bersukat jangan diekar, Kalau diekar siapa yang tanggung?
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 530 Six of one and half a dozen of the other Dua pihak atau perkara yang dianggap sama sahaja buruknya, tidak lebih dan tidak pula kurang. Seperti birah dengan keladi My little brotherblamed his friend for starting the fight, but as far as I could tell, it's six of one and half a dozen of the other. Both are equally naughty. Adikku menuduh kawannya yang memulakan pergaduhan, tetapi setahu aku, kedua-duanya sama sahaja nakalnya : seperti birah dengan keladi. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|