Badaruddin M.Z. - Dewan Bahasa dan Pustaka
yang prolifik dalam tahun 1960-an dan 1970-an banyak membantunya dalam arena puisi. Kemudian apabila Badaruddin meningkat “dewasa” dalam dunia penulisan, beliau pula turut sering membantu abang-abangnya untuk terus berkarya. Semasa di sekolah rendah (sekitar tahun 1961 hingga 1966), Badaruddin membuat guntingan terhadap semua puisi penyair tanah air yang tersiar di akhbar-akhbar tempatan. Badaruddin menyimpan semua keratan akhbar teater, penulisan kreatif dan pembacaan puisi. Anggota Kumpulan ini tidak sekadar menjalani latihan mingguan, tetapi juga berpeluang menjalani kursus atau latihan di peringkat kebangsaan. Sekitar tahun 1979 hingga 1984, Badaruddin terus prolifik menghasilkan cerpen dan kebanyakannya tersiar dalam majalah serta akhbar tanah air, antaranya ialah Mingguan Malaysia, Berita Minggu dan Utusan Zaman. Di samping itu, beliau turut menghasilkan beberapa buah novel
|
Sahmad Malaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
Pahang Darul Makmur. BERMULA sebagai jurutaip kepada Mas, penulis yang berasal dari Singapura, minat untuk menjadi seorang penulis mula bercambah di jiwa Sahmad Malaya. Beliau cuba menulis dan akhirnya namanya terus terukir dalam gelanggang sastera di Pahang, khususnya dan Malaysia amnya. Sahmad Malaya mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Cheruk Paluh, Kuantan. Kemudian berpindah ke Sekolah Melayu Pekan. Semasa pendudukan Jepun, beliau bersekolah Jepun di Kampung Marhum, Pekan selama tiga tahun. Selepas itu, beliau mengikuti kursus perguruan di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan tamat sahaja kursus beliau terus mengajar. Beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 1969 dan Sijil Tinggi Persekolahan (STP) pada tahun 1971 dengan cara belajar sendiri. Semasa remajanya, Sahmad pernah menjadi budak pejabat kepada |
A. Rahman C.M. - Dewan Bahasa dan Pustaka
A, Bukit Besar, 21100 Kuala Terengganu,Terengganu Darul Iman. CERPEN "Runtuhnya Sebuah Rumah" yang tersiar dalam akhbar Mingguan Malaysia , 25 Oktober 1964, semacam menunjang semangat A. Rahman C.M. untuk terus mempertajamkan daya kreatif. Dari situ, beliau terus menghasilkan satu demi satu cerpen yang disiarkan dalam halaman akhbar dan majalah tanah air. A. Rahman C.M. menerima pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Tunggal, Kuala Terengganu hingga lulus
|
Jihaty Abadi - Dewan Bahasa dan Pustaka
Kebangsaan (Cina) Pumpang, Alor Setar dan di Sekolah Menengah Kebangsaan Alor Merah juga di Alor Setar. Pada tahun 1965, beliau lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia. Sambil bertugas sebagai guru, Jihaty terus berusaha meningkatkan ilmu pengetahuannya dalam bidang bahasa dan sastera dengan mengikuti kursus bahasa dan sastera secara bertulis dan Universitas Nasional (UNAS), Jakarta. Kursus ini dikelolakan oleh Kesatuan Guru-guru Melayu penulis mendapat bimbingan dan galakan daripada beberapa orang penulis terutamanya Affrini Adham dan M. Noor Azam. Jihaty merupakan contoh daripada kalangan penulis tahun 1950-an yang masih giat menulis, masih terus berkarya dan berkat kesabaran, kegigihan dan keyakinannya itu, beliau berjaya menempa namanya sebagai penyair. Beberapa buah sajaknya terpilih memenangi Hadiah Karya Sastera bagi tahun 1973 dan 1976. Beliau juga pernah |
Mahaya Mohd. Yasin - Dewan Bahasa dan Pustaka
masih remaja dan berumur sekitar 15 atau 16 tahun. Sajak-sajak awal Mahaya tersiar dalam Dewan Pelajar dan Berita Harian. Dengan tersiarnya sajak-sajak itu, Mahaya menjadi lebih bersemangat untuk terus menulis. Mahaya memulakan persekolahannya pada pertengahan tahun 1950-an di kampung kelahirannya, iaitu di Sekolah Datuk Idris, Tanjung Ipoh. Beliau lulus Sijil Pelajaran Malaysia pada tahun 1965 dari Sekolah Menengah Dengan kegigihannya belajar, Mahaya telah berjaya melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dengan memperoleh Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) dalam bidang Kreatif dan Deskriftif pada tahun 1982. Selepas mendapat ijazah, kerjaya Mahaya terus berkembang. Kalau pada peringkat awal profesionnya sebagai guru, beliau mengajar di sekolah rendah, tetapi selepas mendapat ijazah, Mahaya ditugaskan mengajar di Sekolah Menengah Sri Ampangan, Seremban dari tahun 1982 hingga
|
Sabda S - Dewan Bahasa dan Pustaka
Petaling Jaya, beliau aktif dalam persatuan pelajar dengan menjadi Setiausaha Laporan Penubuhan Universiti Islam dengan Universiti Othmaniah dan Universiti Aligargh sebagai modelnya. Sebaik sahaja tamat pengajian dari Kolej Islam, beliau terus melamar pekerjaan di Utusan Melayu. Sabda bernasib baik kerana di Utusan Melayu pada waktu itu, rakan penyairnya, Kamaluddin M. Zain sudah menanti. Melalui Kamaluddin, Sabda telah diterima di Utusan Melayu Zairis M.S. (“Pagi yang Mengambang”). Ini diikuti dengan antologi bersama puisi-puisi “Telok Gong”, iaitu suara protes tentang ketidakadilan terhadap petani yang lapar tanah. Mulai dari tarikh itulah beliau terus aktif dalam berbagai-bagai bidang penulisan rencana, puisi, cerpen dan novel. Karya-karya beliau banyak disiarkan dalam majalah dan akhbar seperti Utusan Zaman, Berita Minggu, Mastika, Bintang Timur, URTV, Wanita |
A. Ghani Abdullah - Dewan Bahasa dan Pustaka
Darul Khusus. PUISI dan eseinya yang tersiar dalam majalah Tunas dan Mekar terbitan Kesatuan Pelajar-pelajar Melayu Semenanjung, Kuala Lumpur pada tahun 1967, menjadi titik permulaan A. Ghani Abdullah untuk terus berkarya. Puisi awalnya pernah tersiar dalam majalah sekolah (1965), sewaktu beliau menuntut di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Kuala Lumpur. Minat dan kecenderungan Ghani kepada kesusasteraan bermula semasa masih kanak-kanak M. Noor Azam, Usman Awang, Baha Zain, Kemala, A. Karim Abdullah, Wijaya Mala dan lain-lain. Dengan dorongan dan galakan Keris Mas dan penulis-penulis tersebut, bakat Ghani sebagai penulis terus berkembang. Daripada "pembantu khas" beliau dilantik pula sebagai pembantu penyelidik dan jawatan terakhirnya di DBP sebagai Pegawai Perancang Bahasa di Bahagian Sastera. Beliau bersara pilihan pada 1 Januari 1998. Ghani
|
Anis - Dewan Bahasa dan Pustaka
banyak bakul sampah!" Demikian bunyi surat Nora kepada Anis, seorang anak gadis yang mula berjinak-jinak menulis rencana dan artikel. Akhirnya, kata-kata itulah yang menjadi pendorong kepada Anis untuk terus menulis. Apabila kemarahan dapat dijinakkan oleh fikiran terbuka, Anis sedar bahawa semua itu adalah teguran yang membina. Nora mengembalikan eseinya dengan beberapa saranan, komentar dan panduan bagi melengkap dan menyempurnakan pula telah diterjemahkan ke dalam bahasa Tamil. Sesudah setahun dua menulis cerpen, Anis mengalami peristiwa yang mungkin tidak dapat dilupakannya. Peristiwa itulah yang menjadi sebahagian daripada perangsang kepada beliau untuk terus menulis. Suatu ketika, Anis menerima sepucuk surat daripada Abdullah Hussain, meminta dua buah cerpen beliau untuk dikumpul dalam sebuah antologi bersama beberapa orang penulis lain. Anis seperti tidak mempercayai bahawa |
Marwilis Haji Yusof - Dewan Bahasa dan Pustaka
kawasan Semenyih. Beliau berjaya dalam pilihan raya tersebut dan dilantik menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) Negeri Selangor hingga tahun 1986. Selepas itu Marwilis menceburkan diri dalam bidang perniagaan dan terus bersara dari arena politik. Selain menubuhkan syarikat penerbitan sendiri, khusus menerbitkan novel dan buku-buku sekolah, Marwilis mengusahakan beberapa buah kedai buku dan alat tulis. Kebolehannya dalam bidang penulisan terserlah pada 1968 ketika beliau menjadi pemberita mahkamah. Walaupun tidak ramai orang menggemari bidang ini, namun bidang tersebut menjadi pendorong kepada Marwilis untuk terus bergiat dalam bidang penulisan. Ruangan berita mahkamah ini juga menjadi ruangan yang menarik dan diminati pembaca sekaligus menaikkan nama dan imej akhbar Utusan Malaysia. Marwilis sebagai penulis tetap ruangan ini
|
Puzi Hadi - Dewan Bahasa dan Pustaka
Puzi pada peringkat awal pertumbuhannya. Beliau turut terpikat kepada gaya pengucapan penyair Indonesia, W.S. Rendra. Puzi mengikuti Kursus Pembantu Perubatan pada tahun 1971-1974 di Seremban. Tamat kursus, Puzi terus bertugas di hospital yang sama dan sehingga kini bertugas di Jabatan Perubatan Dada di Hospital Alor Setar. Di samping itu, Puzi terus memperlihatkan bakat kepenyairannya. Kunjungannya ke Studio Anak Alam juga meluaskan lagi pengalamannya sebagai penyair. Latiff Mohidin banyak membimbingnya mengenali dunia penulisan puisi. Begitu juga dengan kunjungannya ke Taman Ismail Marzuki |
|
Tesaurus |
---|
| terus | 1. Bersinonim dengan langsung ( lantas, tidak singgah, ) (kata tugas:) Berantonim dengan singgah
2. Bersinonim dengan bergerak ( berjalan) (kata kerja:) Berantonim dengan berhenti
3. Bersinonim dengan tembus ( lantas, langsung, lolos, jurus, ) (adjektif:)
4. Bersinonim dengan segera ( lalu, langsung, lantas, justeru, ) (adverba:)
5. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan terhenti-henti
| Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan, |
|
Puisi |
---|
|
Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.
Lihat selanjutnya... |
|