Johan Jaafar - Dewan Bahasa dan Pustaka
1987). Malah ramai orang mengatakan, kedua-dua buah karya itu merupakan separuh autobiografi sasterawan/pentadbir bernama Johan. Apa yang dibayangkannya pada tahun 1983 dan 1987 itu menjadi kenyataan apabila Johan harus memilih untuk meneruskan kariernya sebagai pengurus atau menjadi sasterawan. Johan memilih untuk mengimbangi kedua-duanya. Tetapi bagi teman-temannya, Johan sebenarnya sudah memilih untuk menjadi pengurus/pentadbir. Korbannya ialah pada penulis novel kanak-kanak dan telah menghasilkan Api di Tanah Perkuburan, Misteri Pulau Batu dan Tangan-tangan Kaku. Beliau sendiri mengakui bahawa kekuatan beliau ialah dalam bidang drama. Johan juga harus dinilai sebagai wartawan. Beliau terbabit dalam dunia kewartawanan apabila beliau mula diberi tugas memimpin majalah Dewan Siswa di DBP. Majalah itu telah diberi rupa baru dan menjadi majalah ilmu untuk
|
Amil Jaya - Dewan Bahasa dan Pustaka
iaitu Yanti Anak Laut, Herwan Anak Kembara dan Periuk Kera Raksasa mengetengahkan unsur-unsur kembara, lasak dan keberanian di kalangan anak-anak remaja. Menurut Amil Jaya, perasaan ingin tahu remaja harus dieksploitasi supaya timbul rasa berani, keinginan mencuba, dan perasaan ingin tahu mereka harus dipenuhi dan dipertingkatkan serta sifat-sifat lasak perlu diwujudkan melalui bahan bacaan. Watak-watak wira pujaan mereka harus diwujud dan diresapkan ke dalam imaginasi dan daya khayal mereka. Sepanjang penglibatannya |
Noordin Hassan - Dewan Bahasa dan Pustaka
Education). Banyak waktu dihabiskan dengan drama. Beliau menyedari bahawa sudah sampai masanya penulis kita khususnya menulis sesuatu yang sesuai dengan keperibadian dan “Psyche” orang Melayu khasnya dan dunia amnya. Mereka harus berpegang kuat kepada falsafah dan kepercayaan hidup sendiri. Malah keagungan di Barat tidak harus dijadikan kayu ukur atau sebagai perbandingan dengan karya-karya tempatan. Penulis kita harus bertolak dan kembali kepada hakikat kewujudan diri sendiri. Menulis bagi Noordin adalah untuk menegakkan maruah, suatu pengabdian
|
T. Alias Taib - Dewan Bahasa dan Pustaka
yang dilukiskan tetapi cara pengucapan serta penyesuaian bentuk yang dipilihnya. Alias pernah disebut sebagai salah seorang penyair yang tidak jemu-jemu bereksperimen. Beliau mengakui bahawa percubaan yang dilakukannya ialah bagaimana harus mengemukakan isi puisinya. Beliau cuba mencari pendekatan yang berlainan. Penggunaan bahasa mudah adalah penting kerana puisi baginya tidak harus membebankan pembaca untuk memahami maksudnya. Sesuatu yang cukup ketara pada puisinya, ialah beliau begitu memelihara penggunaan tatabahasa. Baginya, puisinya tidak harus lepas bebas daripada tatabahasa Melayu yang sempurna. Sejumlah besar |
A. Ghafar Ibrahim - Dewan Bahasa dan Pustaka
beliau itu, “Sajak Audio-Visual” A. Ghafar antara lain menulis: Sajak padaku terdiri dari Tri-V; Verbal-Vokal-Visual. Verbal ialah isi sajak. Vokal bunyinya. Visual ialah teknik sajak. Verbal harus dimengertikan. Daya kreasi penyajak menimbulkan daya rasa fikir yang kritis daripada pembaca untuk menuju pada erti sajak. Kejayaan membaca menegakkan kesan vokal sajak. Pembacaan mestilah berjaya meninggalkan kesan-kesan yang nikmat. Vokal itu harus didengar satu per satu penuh hati-hati. Tempat penglahiran sajak tidak terbatas. Di atas kertas, melalui TV, radio, tayangan slides dan movie. Cara mana sajak itu disampaikan adalah tekniknya. Di
|
A. Rahman C.M. - Dewan Bahasa dan Pustaka
dalam bidang penulisan, A. Rahman C.M. menegaskan, "Bakat sahaja tidak mencukupi untuk berjaya dalam bidang kreatif ini. Penulis perlu memiliki kesungguhan untuk menterjemah apa yang berlegar di sekitarnya. Beliau harus dekat dan mesra dengan masyarakatnya dan harus menjadi perakam zamannya yang jujur serta bertanggungjawab. Semua ini adalah penggerak kepada saya untuk terus menulis." A. Rahman C.M. turut diakui sebagai aktivis sastera yang banyak mencorakkan suasana kehidupan |
Hamdam - Dewan Bahasa dan Pustaka
Tun Kudu adalah lambang wanita Melayu yang sanggup dan rela berkorban demi mempertahankan keamanan negara. Kedua-dua novel ini melambangkan kisah kepahlawanan wanita Melayu untuk menimbulkan kesedaran tentang peranan yang harus dimainkan oleh kaum wanita dan untuk generasi yang akan datang. Barisan Zubaidah banyak mengambil kisah yang terdapat dalam sejarah pemerintahan Melayu Melaka, manakala Tun Kudu sebagai novel sejarah turut memaparkan kesultanan Melayu Melaka. Malah, melalui novel Tun Kudu, pembaca mendapat kesan yang jelas tentang sikap, pendirian dan semangat kebangsaan Hamdam yang begitu kuat. Hamdam banyak menyarankan bahawa bangsa Melayu tidak harus berpecah belah, malah dia tidak mahu bangsa Melayu sendiri dipermain-mainkan oleh penjajah. Baik semasa berkhidmat di Utusan Melayu mahupun di Melayu Raya, Hamdam banyak terlibat dengan pergolakan politik orang
|
Nilawati Kedah - Dewan Bahasa dan Pustaka
perandakan rumah tangga anak menantu mereka. Cerpen “Seorang Penarik Beca” yang disiarkan dalam Mastika, Mac 1950 pula membawa pengajaran bahawa sikap berpura-pura tidak akan kekal lama dan seseorang itu harus hidup mengikut kadar kemampuannya. Nilawati sengaja mengungkapkan persoalan masyarakat semasa dengan tujuan menyedarkan masyarakat tentang kemungkinan-kemungkinan perbuatan anggota masyarakat yang boleh menimbulkan perpecahan serta keruntuhan nilai-nilai yang murni |
Baharuddin Kahar - Dewan Bahasa dan Pustaka
novel yang mengisahkan perjuangan buruh lombong. Novel Menerjang Gelombang ini diasaskan daripada pekerjaan ayahnya sendiri. Beliau yang sering mengikut ayahnya ke lombong, dapat memerhati dan cuba memahami kerja-kerja yang harus dikendalikan oleh seorang buruh di lombong. Semasa mengusahakan projek penulisan ini, Baharuddin diberi bayaran tunai untuk membuat penyelidikan dan sara hidup bulanan selama satu tahun. Kejayaan Baharuddin dalam bidang penulisan
|
Ishak Haji Muhammad - Dewan Bahasa dan Pustaka
kisah-kisah hasil pengalaman beliau mengembara ke seluruh negara. Watak-wataknya melontarkan sindiran terhadap sikap tidak adil penjajah Inggeris dan pembesar-pembesar tanah air terhadap masyarakat Melayu. Satu perkara yang harus kita beri perhatian dalam karya-karya Ishak adalah tentang cita-citanya terhadap masyarakatnya masa itu. Pokok persoalannya tetap tentang rakyat jelata, dan beliau berpendapat bahawa setiap cerita mestilah mempunyai mesej |
|
Tesaurus |
---|
| harus (kata tugas) | 1. Bersinonim dengan mesti: patut, wajar, perlu, tidak boleh tidak, tidak dapat tidak,
2. Dalam konteks hukum Islam bersinonim dengan jaiz, mubah,
| Kata Terbitan : seharusnya, mengharuskan, keharusan, |
|
Puisi |
---|
|
Kalau begini rupanya padi, Harus juga condong ke barat; Kalau begini rasanya hati, Harus juga akan melarat.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 6 The apple never falls far from the tree Sifat atau perangai anak biasanya tidak jauh bezanya daripada sifat atau perangai orang tuanya. Bagaimana acuan begitulah kuihnya Although Tina seem very honest, remember that her mother is a scheming woman. People say that the apple never falls far from the tree. So, be careful. Meskipun Tina nampak jujur benar orangnya tetapi kau harus ingat bahawa ibunya pandai memperdayakan orang. Kata orang, bagaimana acuan begitulah kuihnya. Jadi berhati-hatilah. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|