ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
water stewardship | urus selia air | ESG | Pengawasan dan pengawalan penggunaan air secara adil, saksama, lestari dan menjana pulangan ekonomi yang melibatkan semua pemegang kepentingan terhadap sesebuah kawasan tadahan air. |
product stewardship | urus selia produk | ESG | Perihal mengawasi aspek kesihatan, keselamatan dan alam sekitar bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk oleh pihak pengurusan. |
Forest Stewardship Council (FSC) | Majlis Urus Selia Hutan (FSC) | ESG | Organisasi global bukan berasaskan keuntungan yang menggalakkan pengurusan hutan yang beretika di seluruh dunia. |
Network for Greening the Financial System (NGFS) | Rangkaian Penghijauan Sistem Kewangan (NGFS) | ESG | Kumpulan Bank Pusat dan pengawal selia yang berkuasa untuk membantu memperkukuh tindak balas global yang diperlukan agar mencapai matlamat Persetujuan Paris. Rangkaian ini dapat meningkatkan peranan sistem kewangan dan memacu modal pelaburan hijau dan karbon rendah dalam konteks pembangunan kemampanan alam sekitar yang meluas. |
|
Tesaurus |
---|
| selia (adjektif,) | Bahasa Asal :sastera lama | Bersinonim dengan elok, bersih, bagus, rapi, kemas, tersusun, teratur, beres, majlis, apik, apas, tertib, siaga;, | |
|
|