ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
materiality assessment | penilaian kematanan | ESG | Kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk mengenal pasti isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
baseline assessment | penilaian paras dasar | ESG | Kaedah menilai dan memahami keadaan semasa sesuatu pasaran, demografi atau rantaian bekalan untuk menetapkan tanda aras bagi mengukur peningkatan matlamat prestasi dan membuat keputusan termaklum pada masa depan. |
social risk assessment | penilaian risiko sosial | ESG | Proses mengenal pasti dan menilai risiko sosial sesuatu inisiatif, projek dan pelaburan. |
Life Cycle Assessment | Penilaian Kitaran Hayat | ESG | Kaedah untuk menilai kesan terhadap alam sekitar bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk atau perkhidmatan. |
social impact assessment (SIA) | penilaian impak sosial (SIA) | ESG | Proses menyelidik, memantau dan mengurus kesan perubahan sosial yang disebabkan oleh pelaksanaan dasar, pelan, pembangunan dan projek. |
energy audit | audit tenaga | ESG | Penilaian yang digunakan untuk mengukur penggunaan tenaga sesuatu peralatan atau sistem bagi memastikan tahap kecekapan tenaga. |
social compliance audit | audit pematuhan sosial | ESG | Penilaian terhadap pematuhan sesebuah organisasi berdasarkan piawaian sosial dan etika untuk memastikan organisasi beroperasi secara bertanggungjawab. |
social impact management | pengurusan impak sosial | ESG | Usaha untuk mengoptimumkan kesan positif dan meminimumkan kesan negatif berdasarkan hasil penilaian impak sosial. |
environmental management system | sistem pengurusan alam sekitar | ESG | Sistem yang terdiri daripada elemen yang saling berkaitan dalam sesebuah organisasi seperti struktur organisasi, peranan dan tanggungjawab, perancangan dan operasi, penilaian prestasi dan penambahbaikan dalam menguruskan alam sekitar. |
|
Tesaurus |
---|
| nilai (kata nama) | 1. Bersinonim dengan harga: kimah, aji,
2. Bersinonim dengan kadar: nisbah, skala, ukuran, timbangan,
3. Bersinonim dengan mutu: kualiti, darjat, darjah, harkat,
| Kata Terbitan : bernilai, menilai, nilaian, penilaian, |
|
|