Kata |
Takrif |
Sumber |
menolok | menyamakan (ukuran, timbangan) dgn ukuran (timbangan) yg sebenarnya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
menolok | menyamakan ukuran atau timbangan dgn ukuran atau timbangan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar |
menolok | menyamakan ukuran atau timbangan dgn ukuran atau timbangan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
tolok | menolok menyamakan ukuran atau timbangan dgn ukuran atau timbangan yg sebenarnya. | Kamus Pelajar |
timbangan | 1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak. 2 fikiran atau renungan ttg baik buruk sesuatu perkara dll. | Kamus Pelajar Edisi Kedua |
timbangan kira-kira | keterangan yg menunjukkan imbangan antara harta dan tanggungan, kunci kira-kira; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbangan badan (nyawa) | kekasih; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbangan | 1. imbangan, banding, tara; 2. alat utk menimbang (spt dacing dll); 3. hasil menimbang, (ukuran) berat: harga ditetapkan menurut berat ~ dacing; kalau alat menimbang tidak baik, ~ yg tepat tidak akan diperoleh; 4. = pertimbangan fikiran (pendapat) yg memperhitungkan buruk baik dll sesuatu: undang-undang hanyalah membuat ~ yg adil dan saksama antara hak seseorang dgn hak awam; bagaimana ~nya apa pendapatnya (nasihatnya); terserah kpd ~nya sendiri ia sendiri yg harus memikirkan dan memutuskannya; | Kamus Dewan Edisi Keempat |
timbangan | 2 fikiran atau renungan ttg buruk baiknya sesuatu perkara dll. | Kamus Pelajar |
timbangan | 1 hasil menimbang; imbangan: ~nya tidak tepat kerana alat penimbang itu rosak. | Kamus Pelajar |
Istilah Sumber |
Istilah Sasar |
Bidang |
Subbidang |
Huraian |
jingle | jingel | Kesusasteraan | Tiada | Rangkap beritma yang berulang-ulang dalam puisi seperti ritma timbangan. Jingel dianggap sebagai puisi yang kurang bermutu. Kini, jingel digunakan sebagai salah satu bentuk pengiklanan menjual produk. |
nazam | nazam | Kesusasteraan | Tiada | Bentuk puisi Melayu tradisional yang setiap rangkapnya terdiri daripada dua baris mengikut gaya timbangan syair Arab. Setiap baris itu mempunyai persamaan bunyi di hujungnya. Secara umumnya, puisi ini tidak begitu popular dalam kalangan alim ulama. Mereka mencipta nazam dengan melagukannya sebagai puji-pujian, khususnya terhadap Nabi Muhammad SAW. Contohnya, sebahagian daripada nazam Pujio atau Jawahir Sunniah oleh A.H. Edrus (Persuratan Melayu 2, 1960): Muhammad yang dibangkitkan akan dia, Dengan surah tauhid Tuhan yang sedia. Pada masa sangat umum syiriknya, Dengan sebab sangat banyak jahilnya. Maka menunjuklah ia akan kita, Dengan bujuk lagi nasihat yang nyata. Tunjuk pula hingga perang dengan pedang, Maka nyatalah agama putih terang. Mudah-mudahan membalas akan dia, Dengan baik bagi pihak yang mulia. Istilah nazam berasal daripada bahasa Arab nazm yang bermaksud susunan. |
Kata |
Takrif |
Bahasa |
Tema |
angat | hangat (a) panas (bkn matahari dll): hari sahari tu ~ cuaca hari ini adalah panas; (b) lebih dr yg sebenarnya (bkn timbangan): timbang nya ~ timbangan itu genting; (c) genting (suasana politik dll): leboh maia pilih raya pekara politik nyadi ~ semasa pili | Iban | |
neraca | timbangan. | kedayan | |
Kamus Thai 2.indb 268 4/15/2008 11:09:46 AM พ 269 ขอทานที่ ตลาด Lelaki cacat itu meminta sedekah di pasar. พิกุล [pikun] น bunga tanjung พิเคราะห ์ [pikr] ก membuat per- timbangan: ศาลพิเคราะห ์ แล ้ วเห็นว ่ าจำเลย ได ้ กระทำผิดโดยมิได ้ เจตนาจึงลดโทษให ้ จำเลย Mahkamah telah membuat pertimba ngan bahawa tertuduh telah melaku- kan kesalahan dengan tidak sengaja, lalu meringankan
|
Kata |
Sebutan |
Jawi |
timbangan | [tim.ba.ngan] | تيمبڠن |
Istilah Bahasa Melayu |
Istilah Bahasa Inggeris |
Huraian |
Peringkat |
berat | weight | Ukuran timbangan sesuatu objek. | Menengah Rendah |
berat | weight | Ukuran timbangan sesuatu objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
jisim | mass | Amaun atau kuantiti timbangan bagi sesuatu objek. Lihat Contoh | Sekolah Rendah |
unit | unit | Kuantiti yang digunakan sebagai piawai untuk ukuran, timbangan atau sukatan dalam sesuatu sistem. Contohnya, meter ialah unit bagi panjang, saat bagi masa, dan kilogram bagi jisim. | Menengah Rendah |
unit ukuran | unit of measurement | Unit yang digunakan bagi ukuran timbangan atau sukatan. Contohnya, kilogram dan meter. | Menengah Rendah |
|
|