ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
materiality assessment | penilaian kematanan | ESG | Kaedah yang digunakan oleh syarikat untuk mengenal pasti isu alam sekitar, sosial dan tadbir urus yang relevan kepada perniagaan dan pemegang kepentingan. |
integrated reporting | pelaporan bersepadu | ESG | Kaedah melaporkan gabungan maklumat kemampanan dan prestasi tahunan syarikat secara menyeluruh. |
hazard identification | pengenalpastian mudarat | ESG | Kaedah kualitatif untuk mengenal pasti potensi mudarat dan ancaman daripada faktor dalaman dan luaran yang boleh memberi kesan kepada manusia, binaan dan alam sekitar. |
Green Financing | Pembiayaan Hijau | ESG | Kaedah pendanaan yang menyokong dan menggalakkan amalan dan inisiatif yang berteraskan kelestarian alam sekitar. |
decarbonisation levers | tuas penyahkarbonan | ESG | Kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon bagi mencapai matlamat rendah karbon. |
carbon finance | pembiayaan karbon | ESG | Kaedah pembiayaan yang meletakkan nilai kewangan pada pelepasan karbon dan membenarkan syarikat menimbal semula pelepasan karbon untuk membeli kredit karbon yang diperoleh daripada projek mampan. Sinonim carbon financing. |
grievance mechanism | mekanisme timbang cara | ESG | Kaedah sesuatu organisasi untuk menimbang dan menyelesaikan sungutan, aduan atau masalah dengan adil dan saksama. |
baseline assessment | penilaian paras dasar | ESG | Kaedah menilai dan memahami keadaan semasa sesuatu pasaran, demografi atau rantaian bekalan untuk menetapkan tanda aras bagi mengukur peningkatan matlamat prestasi dan membuat keputusan termaklum pada masa depan. |
operational control approach | pendekatan kawalan operasi | ESG | Kaedah perakaunan pelepasan gas rumah hijau berdasarkan kuasa pengurusan operasi syarikat. |
Life Cycle Inventory | Inventori Kitaran Hayat | ESG | Kaedah pengumpulan data input dan output bagi setiap peringkat kitaran hayat sesuatu produk atau perkhidmatan. |
|
Tesaurus |
---|
| kaedah (kata nama) | Bersinonim dengan cara, aturan, hukum, prinsip, sistem, susunan, metode, teori,
tata, ragam, norma, cara, laku, adat, kebiasaan, adat kebiasaan, lagam, lagu., | |
|
|