ISTILAH SUMBER |
ISTILAH SASAR |
BIDANG |
HURAIAN |
Carbon Border Tax | Cukai Sempadan Karbon | ESG | Kadar bayaran yang dikenakan berdasarkan jejak karbon barangan import bagi mengurangkan kadar pelepasan karbon. |
carbon tax | cukai karbon | ESG | Kadar bayaran yang dikenakan secara penetapan harga melalui kaedah pencukaian untuk mengawal pelepasan karbon. |
Global Warming Potential (GWP) | Potensi Pemanasan Global (GWP) | ESG | Indeks ukuran kadar pemerangkapan haba matahari oleh sesuatu gas rumah hijau bagi jangka hayat tertentu berbanding dengan karbon dioksida. |
Carbon Border Adjustment Mechanism | Mekanisme Penyelarasan Sempadan Karbon | ESG | Sistem penyelarasan kadar cukai sempadan karbon bagi barangan import di luar blok ekonomi Kesatuan Eropah untuk mencegah ketirisan karbon. |
lost time injury frequency (LTIF) | kekerapan kecederaan masa hilang (LTIF) | ESG | Ukuran kadar kecederaan berkaitan dengan pekerjaan yang mengakibatkan kehilangan masa bekerja per unit masa. |
feed-in tariff (FiT) | tarif galakan (FiT) | ESG | Sistem yang membolehkan elektrik dijana secara kendiri daripada sumber boleh diperbaharui oleh Pemegang Kelulusan Galakan untuk dijual kepada Pemegang Lesen Pengagihan mengikut kadar tarif yang telah diwartakan. |
Feed-in Approval Holders (FIAH) | Pemegang Kelulusan Galakan (FIAH) | ESG | Individu atau syarikat yang memiliki sijil kelulusan galakan yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (SEDA) Malaysia. Pemegang layak untuk menjual tenaga boleh diperbaharui pada kadar tarif galakan. |
|
Tesaurus |
---|
| kadar (kata nama) | 1. Bersinonim dengan daya: kemampuan, keupayaan, kesanggupan, kebolehan,
2. Bersinonim dengan nilai: harga, taraf, pangkat, kualiti, status,
3. Bersinonim dengan kira-kira: rata-rata, lebih kurang, hitung panjang,
4. Bersinonim dengan nisbah: perbandingan berat, perbandingan darjah, perbandingan kuantiti,
perbandingan saiz,
| Kata Terbitan : sekadar, |
|
|