Kata |
Takrif |
Sumber |
enjelai | rumput yg sederhana tinggi, berbulu, tumbuh liar atau ditanam utk buahnya yg boleh dimakan, dijadikan makanan ternakan, hiasan, dan berkhasiat ubatan serta dijadikan bahan asas kosmetik | Kamus Dewan Perdana |
ekor kuning | herba akuatik yg hidup liar di dlm kolam dsb, berdaun halus spt jarum, bunganya kecil berwarna kuning terang dan berjambak | Kamus Dewan Perdana |
ekor landak | tumbuhan jenis herba yg hidup liar di sawah padi, tepi jalan dan kawasan terbiar | Kamus Dewan Perdana |
ekor kuda | pokok sederhana tinggi yg hidup liar di hutan, daunnya berbentuk spt jarum atau duri, buahnya kecil, bulat, berwarna hijau dan menghasilkan kon | Kamus Dewan Perdana |
engkabang | pokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai dan buahnya yg kemerahan boleh dimakan | Kamus Dewan Perdana |
elm | pokok jenis daun luruh drp genus Ulmus yg daunnya bergerigi, buahnya halus bersayap, hidup liar di hutan, ada spesies yg ditanam sbg hiasan landskap serta bonsai, dan kayunya yg keras dijadikan bot serta perabot | Kamus Dewan Perdana |
engkala | pokok sederhana tinggi yg daunnya agak besar dgn permukaan bawahnya keputih-putihan, buahnya bulat dan boleh dimakan, biasanya tumbuh liar di kawasan berhampiran sungai | Kamus Dewan Perdana |
empelas | pokok renek yg kadang-kadang memanjat, daunnya bergerigi dan permukaan bawahnya berbulu, bunganya kecil, berwarna putih dan berjambak, hidup liar di kawasan terbuka di tepi hutan dan tepi pantai, daunnya yg kesat boleh melicinkan permukaan kayu, dan batangnya dijadikan tali | Kamus Dewan Perdana |
ekor anjing | tumbuhan jenis kekacang yg sedikit berkayu, agak rendah, mempunyai bunga biru keunguan, berbulu dan berjambak spt ekor kucing, hidup liar dan ditanam sbg tanaman hiasan, dan juga mempunyai nilai perubatan tradisional | Kamus Dewan Perdana |
enau | palma tunggal yg tumbuh sehingga kira-kira 30 m, berbuah agak kecil, bergugus dan berjuntai, menghasilkan nira dan sagu, seratnya dibuat tali dan biji buahnya dijadikan halwa. Tumbuhan ini hidup liar tetapi ada juga yg ditanam sbg hiasan | Kamus Dewan Perdana |
|
Tesaurus |
---|
| liar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas, Berantonim dengan jinak
2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh,
tambung, songong, Berantonim dengan sopan
| Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan?
Lihat selanjutnya... |
|