Pantun |
Sumber |
Tema |
Semalam ada mimpiku tuan, Mimpi kelapa patah tandan; Semalam ada mimpiku tuan, Tuan kuriba sebelah tangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Kacip baling ke bulan, Bintang tidak meninggi hari; Saya ke mari menghadap tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Malam tadi mimpikan bulan, Bulan kumimpi si bujur telur; Malam tadi mimpikan tuan, Tuan kumimpi dikandung tidur. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Harap-harap kelapa puan, Tidak puan kelapa bali; Harap ke mari kepada tuan, Tuan nak tolak ke mana lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak belimbing condong ke dapur, Tetak tunjang dari dahan; Minta sirih dengannya kapur, Minta sekali dengan tuan-tuan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Mana tuan tidak ke laut, Tuan menyelam batang tenggelam; Mana tuan tidak merungut, Tuan menghibur hati yang dendam. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tuan haji berbaju jubah, Turun ke padang menembak rusa; Tuan mengaji memuji Allah, Tuan sembahyang mengampun dosa. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
Sayang keduduk balik rumah, Akar menyorok tiang seri; Tuan duduk tuan punya rumah, Kami nak pulang minta diri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Jangan diharap kelapa puan, Kelapa puan kelapalah Bali; Jangan diharap adinda tuan, Makanya tuan siapa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Harap-harap kelapa puan, Sudah puan kelapa Bali; Sudah harap kepada tuan, Sudah tuan siapa lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| tuan (kata nama) | 1. Bersinonim dengan tuan punya: pemilik, empunya, pemunya, majikan, tauke,
2. Bersinonim dengan encik: saudara
| Kata Terbitan : bertuankan, menuani, mempertuani, tuanan, ketuanan, pertuanan, |
|
Puisi |
---|
|
Semalam ada mimpiku tuan, Mimpi kelapa patah tandan; Semalam ada mimpiku tuan, Tuan kuriba sebelah tangan.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 355 Man proposes, God disposes Manusia boleh merancang dan berusaha tetapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan “If Plan A fail, we have Plan B. Each has been meticulously planned,'' said the manager. ''But what if Plan B fails too?'' asked the director. '' Man proposes, God disposes, sir' replied the manager. ''Sekiranya Pelan A gagal, kita ada Pelan B. Setiap pelan ini telah dirancang dengan amat teliti,'' kata pengurus itu. ''Tetapi jika Pelan B pun gagal?'' tanya tuan pengarah. '' Manusia mengikhtiarkan, Allah mengtakdirkan, tuan'', jawab pengurus. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|