| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Yang naik terus ke atas, Pergi untuk melapangkan dada; Orang baik tulus dan ikhlas, Laki bangkok ditimangnya juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
| Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi. | Kurik Kundi Merah Saga | Jenaka |
| Dari utara terus ke selatan, Betik menjadi buah papaya; Satu mutiara satu intan, Yang mana baik pilihan saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Dari Damak terus ke Bentan, Pergi berburu balik hari; Desa semak dahulunya hutan, Tidak disangka jadi negeri. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Tolak laju terus ke Pahang, Haluan menuju Kuala Parit; Bagaimana hati tak sayang, Hartaku habis bukan sedikit. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Beli kain terus dilipat, Lipat pula cara sedia; Cari yang lain tidak dapat, Balik pula pada dia. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Terang bulan terus ke kota, Bersuka ria baba dan nyonya; Terus terang kita berkata, Hajat hendak menyunting bunga. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Andainya sagu terus diparut, Banyaklah bekal ke mana pergi; Andainya ilmu terus dituntut, Banyaklah bekal hidup dan mati. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Pandai burung terbang terus, Mandi di tunggul kolam Kelang; Biar muatan dikongkong arus, Mana timbul kubawa pulang. | Kurik Kundi Merah Saga | Perniagaan |
| Cumi dan Ciku pergi belajar, Terus bermain jungkang jungkit; Suami curang ditunjuk ajar; Biar tahu tingginya langit. | Pantun Melayu Sarawak | Kasih |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | terus | 1. Bersinonim dengan langsung ( lantas, tidak singgah, ) (kata tugas:) Berantonim dengan singgah
2. Bersinonim dengan bergerak ( berjalan) (kata kerja:) Berantonim dengan berhenti
3. Bersinonim dengan tembus ( lantas, langsung, lolos, jurus, ) (adjektif:)
4. Bersinonim dengan segera ( lalu, langsung, lantas, justeru, ) (adverba:)
5. Bersinonim dengan tidak putus-putus ( tidak henti-henti, tidak habis-habis, tidak sudah-sudah, berlarutan, berpanjangan, berlanjutan, bersinambungan, sentiasa, selalu, ) (adverba:) Berantonim dengan terhenti-henti
| | Kata Terbitan : seterusnya, berterus terang, berterusan, terus-menerus, menerusi, meneruskan, terusan, penerusan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Dari Pak terus ke Medan, Membawa kerepek emping padi; Sungguh celaka nasib badan, Inai tempek nikah tak jadi.
Lihat selanjutnya... |
| Peribahasa |
|---|
| 512 A shut mouth catches no flies Lebih wajar berdiam diri daripada terus berkata-kata supaya konflik dapat dielakkan Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam As my wife is usually irritable upon returning from work, I refrain myself from arguing her. She turns our house topsy-turvy if I open my mouth. A shut mouth catches no flies. Memandangkan isteriku lekas naik marah sekembalinya dari tempat kerja, aku menahan diriku daripada bertengkar dengannya. Rumahku akan jadi porak-peranda jadinya jika aku membuka mulut. Dikulum menjadi manikam, dimuntah jadi sekam. Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|