Pantun |
Sumber |
Tema |
Buluh perindu buluh ternama, Banyak sudah disebut orang; Hatiku rindu sudahlah lama, Adik juga tak ingat abang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu sudah ternama, Turun-temurun disebut orang; Adat berpadu dengan agama, Hidup rukun hingga sekarang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Tebing Tinggi kampung ternama, Nampak dari Kuala Segamat; Bila teringat budi yang lama, Berubah hati berdebar semangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
Tukang batu berdagang nilam, Permata elok sudah ternama; Abang tunggu siang dan malam, Adinda menyorok entah ke mana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Naik turun membawa padi, Padi bendang padi ternama; Adik sepantun bunga melati, Kami memandang menjadi gila. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Terpelihara jerat selalu mengena, Terpelihara sumbu pelita terang; Terpelihara adat Melayu ternama, Terpelihara laku disukai orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Sifat keluarga berkasih sayang, Hidup bersama selalu rukun; Adat dijaga budi terbilang, Hidup ternama laju penyantun. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Api arang untuk menggulai, Sudah masak makan bersama; Hati orang elok perangai, Di mana tegak akan ternama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
Peribahasa |
---|
| 100 Nothing so bad but it might have been worse Di sebalik malang yang menimpa, tentu ada kebaikan atau rahmatnya. Dalam buruk ada baik She was deeply depressed when her megastar fiancé dumped her. She had known him long before he became famous. But nothing so bad but it might have been worse. Her broken relationship has been trust into the limelight and opened doors to many lucarative offers from big companies. Now, she’’s crying all the way to the bank! Dia dirundung kesedihan apabila tunangnya yang merupakan artis ternama telah meninggalkannya. Dia mengenali lama sebelum tunangnya itu menjadi terkenal. Tetapi dalam buruk ada baik. Kisah putus tunangnya itu menjadi perhatian ramai dan mengundang banyak tawaran lumayan daripada syarikat yang besar. Kini, rintihannya itu mengaut rezeki! Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|