Pantun |
Sumber |
Tema |
Pecah tombak Ulu Tembeli, Mari letak di tapak tangan; Dah bertolak saya di sini, Tinggal tapak di tengah laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Burung haji terbang ke haji, Tapak Sulaiman di bawah tangannya; Jika adinda mengubah janji, Melungsur iman dari badannya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Sukalah hati berkain baru, Benang sulam tapak selerang; Sukalah hati pengantin baru, Siang malam tidak berlekang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Kenapa pecah piringku itu, Pecah ditatang di tapak tangan; Jalak biring jadikan satu, Tedung ada tunggu di laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kepahlawanan |
Dua belas gunung bertani, Tanam tebu terlupa tapak; Jangan belas dagang kami, Mati kecil ibu tercampak. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Anak Cina menanam tebu, Tanam mari bertapak-tapak; Sungguh kecil dahan jambu, Melentur ada patah tidak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Anak Cina berjual terung, Hilang sebiji di tapak tangan; Sudah lama ayam kukurung, Cuba-cuba lepas di laman. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Putik pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Sungguh jauh di negeri satu, Hilang di mata di hati jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pucuk pauh delima batu, Anak sembilang di tapak tangan; Tuan jauh negeri satu, Hilang di mata di hati jangan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Puisi |
---|
|
Hilang baju kerana tapak, Hilang berjalan di pohon pauh; Hilang malu kerana takut, Melangsung adat hajat saudara jauh.
Lihat selanjutnya... |
|