| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Apabila badan tidak sihat, Tentu tak dapat berjalan jauh; Apabila iman tidak melekat, Tentulah sifat takkan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
| Jangan bermain seludup-seludup, Latihan rohani tidak sihat; Ilmu itu panduan hidup, Ke mana pergi tidak sesat. | Pantun Melayu Sarawak | Ilmu |
| Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
| Pokok kelapa hendak ditebang, Batang pula dibuat titi; Sungguh kejam wahai kumbang, Bunga yang sihat hendak disakiti. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
| Tua-tua pergi memukat, Dapat dipukat ikan kilat; Semua kerja harus muafakat, Udara bersih rakyat sihat. | Pantun Melayu Sarawak | Umum |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | sihat (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak sakit: afiat, segar, waras, cergas, cerdas, aktif, cedas, Berantonim dengan sakit
2. Bersinonim dengan sembuh: pulih, baik semula, betah, uras, Berantonim dengan sakit
3. Dalam konteks kiasan bersinonim dengan masuk akal, dapat diterima, berjalan lancar,
| | Kata Terbitan : menyihatkan, kesihatan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Cik Mahat orang di desa, Duduk menjemur tepi paya; Luar sihat dalam bisa, Cari bomoh ubatkan saya.
Lihat selanjutnya... |
|