Pantun |
Sumber |
Tema |
Waktu menteri berdagang kain, Sibuk berjaja malamnya penat; Pilulah hati memandang datin, Datuknya sudah karam di darat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Ikan air tawar, Masak asam pulasan; Sibuk cari penawar, Ubat tidak berkesan. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Ke mana lagi bermain silat, Orang sibuk bersepak raga; Ke mana lagi kukirim surat, Abang merajuk entah ke mana. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Jadi ikan bertutu, Ikan air tawar, Anak jadi kutu, Sibuk cari penawar. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Sejak kera masuk negeri, Anak merbah jadi merajuk; Sejak ketua sibuk mencuri, Anak buah jadi perampok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Wangi sekali minyak nilam, Gunanya untuk bahan ramuan; Laki bini hendak bertikam, Mentua sibuk mencarikan kapan. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
|
Tesaurus |
---|
| sibuk (adjektif) | 1. Bersinonim dengan banyak kerja: giat, aktif, rajin, kocah-kacih, lagut, kalut, gelut, gelabut, legak, hibuk, repot, ripuh,
2. Bersinonim dengan ramai: riuh, abuh, pergi balik, keluar masuk, lalu-lalang, Berantonim dengan lengang
| Kata Terbitan : bersibuk, menyibukkan, kesibukan, |
|
|