Pantun |
Sumber |
Tema |
Senyap sunyi binatang rimba, Bila melihat badak mengganas; Sebab hati bercabang dua, Bila surat tidak berbalas. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Senyap sunyi orang di pulau, Kerana angin bertiup kencang; Apa sebab hatiku risau, Kerana abang main belakang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Senyap sunyi orang berhelat, Kerana pengantin tidak tiba; Apa sebab abang berkhianat, Kerana main bermuka muka. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Senyap sunyi orang di rumah, Kerana mata sudah mengantuk; Apa sebab mandi tak basah, Kerana cinta membawa mabuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Senyap sunyi orang menghadap, Datuk lubalang segan mengamuk; Setiap hari abang mengharap, Untuk meminang adik yang montok. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Senyap sunyi istana raja, Kerana beliau pergi berburu; Setiap hari hamba berdoa, Semoga engkau sudi menunggu. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Senyap sunyi orang di banjar, Kerana hari dah larut malam; Harap menanti abang belayar, Sampai kini masih kupendam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| senyap (adjektif) | 1. Bersinonim dengan tidak bising: sepi, sunyi, hening, lengang, antap, Berantonim dengan bising
2. Bersinonim dengan tidak berkata-kata: tidak bersuara, tidak berbunyi, diam, senyap, sengap, membatu, membisu, Berantonim dengan becok
3. Bersinonim dengan tidak sibuk: lengang, sepi, hening, tenang, sirap, Berantonim dengan sibuk
4. Bersinonim dengan nyenyak: lena
| Kata Terbitan : senyap-senyap, kesenyapan, |
|
|