Pantun |
Sumber |
Tema |
Tegak adat hidup sentosa, Rakyat tenang pemimpin terpuji; Rosak adat bertambah dosa, Laknat datang sepanjang hari. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Apabila liat kayu dikapak, Tentu keringat banyak meleleh; Apabila taat ibu dan bapak, Hidup sentosa anak menakah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau memakai kain pelekat, Dibawa berjalan dapat selesa; Kalau pandai memimpin umat, Negara aman rakyat sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Apabila liat kayu dikapak, Susah payah orang bekerja; Apabila taat ibu dan bapak, Rumah tangga senang sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Taat laki sayang ke bini, Sakit senang sama dirasa; Adat berdiri tenang negeri, Rakyat senang dunia sentosa. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
|
Tesaurus |
---|
| sentosa (adjektif) | Bersinonim dengan aman, damai, tenteram, tenang, sejahtera, bahagia, rukun, selamat, makmur, senang, lega, selesa, sakinat, karar;, | | Kata Terbitan : menyentosakan, kesentosaan, |
|
|