| Pantun |
Sumber |
Tema |
| Anak ungka terbang cepat, Anak kedidi berjalan sedepa; Bukan senang mencari sahabat, Sahabat berbudi sukar dijumpa. | Kurik Kundi Merah Saga | Budi |
| Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Banyak ubat perkara ubat, Tidakkan tertudung ubat berjampi; Banyak sahabat perkara sahabat, Tidakkan seagung sahabat nabi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Makan ketupat di kecung baru, Lempar kulit di kaki tiang; Dah boleh sahabat baru, Sahabat lama tinggal buang. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
| Sahabat datang melawat Kuching, Kristal mawar sisip di sanggul; Hasrat nak dapat ikan pancing, Kail putus tersangkut tunggul. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
| Banyaklah solat di hari Jumaat, Solatnya dapat bersama-sama; Banyaklah sahabat Nabi Muhammad, Sahabat berempat paling utama. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Kalau nak tahu kelat halia, Cubalah tengok halia darat; Kalau nak tahu sahabat setia, Tengok sahabat Nabi Muhammad. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Ada berempat sahabat nabi, Ada seorang jadi khalifah; Abu Bakar, Omar, Usman, dan Ali, Saidina Ali suami Fatimah. | Kurik Kundi Merah Saga | Agama |
| Banyaklah pengikut tali peti, Disentak sekali lalu disimpul; Banyaklah sahabat berani mati, Tidakkan seberani sahabat nabi. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
| Bawalah ubat yang tersedia, Digiling halia berlumat-lumat; Banyaklah sahabat yang setia, Paling setia sahabat nabi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
| Tesaurus |
|---|
| | | sahabat (kata nama) | 1. Bersinonim dengan teman: kawan, taulan, handai, sekutu, kenalan, rakan, saing, saudara, nyapang, sobat, rafik, syarik, alif, saki, konco, Berantonim dengan musuh
2. Bersinonim dengan pengikut: murid, anak buah, penganut, Berantonim dengan ketua
| | Kata Terbitan : bersahabat, mempersahabatkan, persahabatan, |
|
| Puisi |
|---|
|
Tanam ubi di tepi tebat, Orang menjala di Kampung Ulu; Hidup mati bersama sahabat, Sahabat setia menudung malu.
Lihat selanjutnya... |
|