Pantun |
Sumber |
Tema |
Hendak runtuh runtuhlah tiang, Itik serati tidakkan lalu; Hendak jauh jauhlah abang, Adik menanti tidakkan jemu. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bukit runtuh sehari semalam, Kayu terlepas beribu ratus; Sauhnya putus kapal tenggelam, Harapan kami jangan diputus. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Cabang kayu sudahlah runtuh, Ke mana lagi lebah bersarang; Orang kunanti sudah menjauh, Ke mana lagi kasih menumpang. null null null null | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Adat Melayu pantang meminta, Meminta sedekah runtuh martabat; Jahatlah laku orang pendusta, Suak berdusta menjauh sahabat. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Hijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Tetak buluh dibuat pagar, Mari diikat dengan rotan; Gunung runtuh bumi bergegar, Gempa tidak kiamat pun bukan. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Buluh ditutuh dibuat sangkar, Hendak menyangkar burung nuri; Langit runtuh bumi terbakar, Ke mana awak melari diri? | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Ada satu anak Mengkabau, Cari makan di kebun Cina; Sudah runtuh gunung Rembau, Gunung Ledang ada gantinya. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Walaupun rakit hendak berlabuh, Rusa berlari tidakkan diam; Walaupun langit hendak runtuh, Cinta di hati tidakkan padam. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Apabila kaki berat melangkah, Berjalan jauh tidakkan sampai; Apabila hati niat menyalah, Iman runtuh rosak perangai. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| runtuh | 1. Bersinonim dengan roboh: ranap, tumbang, rebah, reban, terban, terbis, rahak, rebak, terjelabak,
2. Bersinonim dengan binasa: musnah, jahanam, hancur, ranap, jatuh, terguling,
| Kata Terbitan : meruntuhkan, keruntuhan, |
|
Puisi |
---|
|
Hijau kuning bunga kenanga, Dipatah dahan bagai nak runtuh; Putih kuning bijaklaksana, Itu memberi imanku jatuh.
Lihat selanjutnya... |
|