Pantun |
Sumber |
Tema |
Apa guna menggali perigi, Air masin bilakan tawar; Apa guna bernikah lari, Nama baik jadi tercemar. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Baik-baik berjaja pala, Pala busuk laba berkurang; Baik-baik menjaga nama, Nama buruk dihina orang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Pokok melati sedang naik, Daunnya hilang subur dan sihat; Biar mati nama yang baik, Jangan mati nama yang jahat. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Dari Johor ke Majapahit, Singgah semalam di Pulau Bentan; Sudah masyhur nama yang baik, Barulah bertuah permintaan badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Dari Johor ke Majapahit, Singgah mari di Pulau Bentan; Sudah mahsyur nama yang baik, Tambah pula bertuah badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Aur tumbuh dipilih orang, Mana yang pendek dibuang saja; Hancur tubuh putihlah tulang, Nama yang baik dikenang juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Gunung di laut berentang jati, Kota di Daik saya pagarkan; Hidup kita lawannya mati, Nama yang baik kita tinggalkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Ada satu nama Tok Janggut, Taruh misai serta janggut; Kalau tak pandai ilmu ribut, Lebih baik jangan ke laut. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| nama (kata nama) | 1. Bersinonim dengan sebutan: panggilan, gelaran,
2. Bersinonim dengan kehormatan: kemasyhuran, maruah, kebaikan, kebesaran, kemegahan, kemuliaan, ketinggian,
| Kata Terbitan : bernama, menamai, menamakan, ternama, |
|
Puisi |
---|
|
Siti Wan Kembang perintah Kelantan, Nama termasyhur zaman dahulu; Baik-baik memilih intan, Takut terkena kaca dan batu.
Lihat selanjutnya... |
Peribahasa |
---|
| 418 A good name is sooner lost than won Nama yang baik memerlukan masa dan usaha untuk dibina tetapi seseorang itu boleh kehilangannya dengan sekelip mata akibat satu kesalahan yang dilakukan meskipun kecil. Panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari. (Nota : Padanan seperti kurang tepat, PM –ve to +ve) You are a man of honour and have done a lot of good things for his association. But don't get involved in those dubious activities because one minor slip could crumble your good reputation. Remember, a good name is sooner lost than won. Kamu orang yang terhormat dan telah banyak berjasa kepada persatuan ini. Tetapi janganlah membabitkan diri dalam kegiatan yang mencurigakan kerana satu kesilapan kecil boleh menghancurkan reputasi baik kamu. Ingat, panas setahun dihapuskan oleh hujan sehari Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu
Lihat selanjutnya... |
|