Pantun |
Sumber |
Tema |
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan? | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Merambat tebing Brunei, Rambat menyangkut di pokok pauh; Sedang liar si burunglah punai, Tiadalah boleh terbang jauh. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Kelapa menjadi santan, Asal santan menjadi minyak; Jika ada buah termakan, Burung liar menjadi jinak. | Kurik Kundi Merah Saga | Kiasan/Sindiran Kiasan/Sindiran |
Pokok sena kampung seberang, Satu dahan dua cabang; Apabila kena getah abang, Lalat yang liar tak boleh terbang. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Pergi ke hutan mencari akar, Sambil duduk bersiar-siar; Sebab dipikat burung di sangkar, Burung di hutan terlalu liar. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| liar (adjektif) | 1. Bersinonim dengan terbiar: buas, ganas, terbiar, hutan, culas, Berantonim dengan jinak
2. Bersinonim dengan tidak sopan: tidak santun, tidak beradab, biadab, balik adab, kasar, kurang ajar, tidak senonoh,
tambung, songong, Berantonim dengan sopan
| Kata Terbitan : meliar, meliarkan, keliaran, berkeliaran, |
|
Puisi |
---|
|
Ikan haruan ikan liar, Paya mana tuan tetakkan; Jikalau abang pergi belayar, Di mana saya hendak diletakkan?
Lihat selanjutnya... |
|