Pantun |
Sumber |
Tema |
Yang lahir biarlah lahir, Supaya cepat beranak lagi; Orang pandir biarlah pandir, Supaya dapat diinjak lagi. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda perlu berfikir, Supaya tua kelakuan senonoh. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Anak kuda baru kan lahir, Sudah dibawa berjalan jauh; Sejak muda berhemat-hemat, Supaya tua hidup terpandang. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Pantun Melayu kepada ulama, Ulama terpuji lahir dan batin; Senonoh laku mulia nama, Ke mana pergi hidup terjamin. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Terang bulan awan beralih, Anak yatim berkayuh perahu; Lahir kupandang nampak kekasih, Dalam hati siapa tahu. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
Patuh Melayu kepada pemimpin, Pemimpin sejati sama disanjung; Senonoh laku terpelihara kain, Batin berisi lahir beruntung. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Adat |
Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Susahlah hati bermain gundu, Baru bertanding awak terkilir; Susahlah hati pengantin baru, Baru bersanding anaklah lahir. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Jenaka |
Daun pandan bunga melati, Rendam di air waktu pagi; Baik cari bidan yang reti, Anakku lahir tak lepas lagi. | Kurik Kundi Merah Saga | Nasihat Nasihat |
Kalau tak ada si buah labu, Takkan berair batang cendana; Kalau tak ada ayah dan ibu, Takkan lahir manusia ke dunia. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Petalangan |
|
Tesaurus |
---|
| lahir | 1. Bersinonim dengan lahiriah ( luaran, nyata, maujud, jasmaniah, ) (adjektif:)
2. Bersinonim dengan terbit ( jadi, keluar, muncul, hidup, terpancar, menjelma, timbul, ) (kata kerja:)
| Kata Terbitan : melahirkan, kelahiran, lahiriah, |
|
Puisi |
---|
|
Jolok nangka di kampung hilir, Berselang kain ke pasar lama; Jangan disangka pada yang lahir, Namun batin tak pernah sama.
Lihat selanjutnya... |
|