Pantun |
Sumber |
Tema |
Lagu-lagu Melayu, Masuk era baru; Jangan asyik merayu, Fikiran jadi celaru. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Bunga tanjung putih berseri, Bunga kembang berlapis-lapis; Lagu canggung lagu asli, Lagu asal negeri Perlis. | Kurik Kundi Merah Saga | Adat |
Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Ini lagu serampang laut, Pulau Tamu jauh sepadan; Layar berkembang kemudi dipaut, Tidak laju celaka badan. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Zaman kini lagu bertambah, Orang menari sehari suntuk; Bukannya kami mahu berubah, Abang sendiri pergi merajuk. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Seri Mersing lagu Melayu, Mari dikarang zaman dahulu; Duduk termenung menongkat dagu, Mengenang nasib dagang piatu. | Kurik Kundi Merah Saga | Perantauan |
Cucu cepat hafal, Hafal lagu Anding, Berfikir secara global, Dunia tanpa dinding. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Cucu suka Anding, Cucu hafal lagu; Doa itu pendiding, Tidak rasa ragu. | Pantun Melayu Sarawak | Nasihat |
Jika gendang tidak berbunyi, Manakan ada lagu peningkah; Jika abang tidak berjanji, Manakan hamba mahu menikah. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Air hangat telaga mendidih, Banyak orang hilang keramat; Hemat-hemat lagu nak boleh, Tengok adik jinak sangat. | Kurik Kundi Merah Saga | Kasih Sayang/Cinta |
|
Tesaurus |
---|
| lagu (kata nama) | 1. Bersinonim dengan irama: nada, rentak, langgam, rani,
2. Bersinonim dengan nyanyian: senandung, dodoi, pengulit, qasidah, lala, halwa telinga,
| Kata Terbitan : berlagu, melagukan, pelagu, |
|
Puisi |
---|
|
Sayang lagu serampang laut, Kulit timun atas meja; Layang terbentang kemudi berpaut, Hendak sampai ke tepi juga.
Lihat selanjutnya... |
|