Pantun |
Sumber |
Tema |
Jika tak lekas merendam baju, Tudung kepala kotor semua; Jika tak lepas rindu dendamku, Kujunjung dunia kukejar juga. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Kasih Sayang/Cinta |
Bagaimana kaki tak kena lumpur, Bila berjalan tidak berkasut; Bagaimana hati tindakkan kotor, Bila perjanjian tidak diikut. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Kalau hendak membeli kain, Jangan dibeli kain luntur; Kalau awak jadi pemimpin, Jangan sekali bermain kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Mengapa pula menjerang nasi, Kerana perut sudah kebulur; Mengapa banyak orang berkelahi, Kerana mulut berbicara kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Laut luas ombak menggunung, Mau berlayar sampan pun bocor; Mulut terlepas awak terkurung, Malunya besar nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
Lain kembang lain tangkainya, Tangkai lapuk bunga pun gugur; Lain orang lain perangainya, Perangai buruk nama pun kotor. | Khazanah Pantun Melayu Riau | Nasihat Nasihat |
|
Tesaurus |
---|
| kotor (adjektif) | 1. Bersinonim dengan cemar Berantonim dengan bersih
2. Bersinonim dengan lucah: keji, tidak senonoh, cabul, jijik, durjana, Berantonim dengan halus
| Kata Terbitan : mengotorkan, kotoran, kekotoran, pengotoran, pengotor, |
|
|